web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PKP Beri Impak Bekalan Darah Di Sabah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 09 May 2021 8:20AM

Datuk Masidi Manjun - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Kerajaan Sabah menggesa dan menggalakkan seluruh penduduk negeri ini untuk tampil menderma darah susulan bekalan darah yang semakin susut berikutan pelaksanaan pelbagai siri Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Masidi Manjun berkata pelaksanaan siri PKP  telah memberi impak kepada bekalan darah di Sabah, dan walaupun hospital Kementerian Kesihatan di negeri ini telah mengambil pelbagai langkah memastikan bekalan darah mencukupi, namun aktiviti derma darah semakin menurun sejak gelombang ketiga jangkitan COVID-19.

Masidi yang juga jurucakap kerajaan negeri berkaitan COVID-19 berkata isu berkenaan semakin meruncing pada bulan Ramadan dan dijangka berlanjutan sehingga Pesta Kaamatan bulan ini.

“Dianggarkan pada tahun ini, bekalan darah di Sabah akan merosot sebanyak 20 peratus berikutan pembatalan lebih 200 kempen derma darah melibatkan sasaran awal 6,000 pendermaan.

“Penyusutan itu perlu diatasi dengan kadar segera agar stok bekalan darah untuk pesakit tidak mencecah paras kritikal yang boleh menjejaskan perawatan pesakit,” katanya dalam kenyataan, malam ini.

Perkhidmatan perubatan tranfusi Sabah kini menyasarkan kutipan 1,800 penderma seminggu bagi menampung keperluan dan berada di paras selamat, katanya.

Mengulas perkembangan COVID-19 Sabah, Masidi berkata sebanyak 63 kes baharu dilaporkan semalam menjadikan jumlah kumulatif 58,796 kes, dengan satu kes kematian direkodkan di Sandakan, manakala jumlah pesakit sembuh yang dibenarkan keluar hospital pula seramai 98 orang menjadikan jumlah kumulatif 57,597 orang. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

3 Pelajar Sekolah Menengah Temui Kulat Karang Jarang Jumpa Di Sabah

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Sukan SEA: Sabah Akan Bincang Dengan KBS

4

Sukan 2 bulan yang lalu

Liga Super: JDT Teruskan Momentum Kemenangan, Tewaskan Sabah 3-1

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia