web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Penjawat Awam, Penganjur Parti Liar Antara 13 Individu Ditahan Di Jalan Imbi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 May 2021 8:26AM

ACP Mohamad Zainal

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang penjawat awam dan seorang penganjur parti liar antara 13 individu ditahan dalam satu pemeriksaan di sebuah kediaman di Jalan Imbi di sini menerusi Op Parti Liar awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohamad Zainal Abdullah berkata, kesemua individu tempatan berumur lingkungan 19 hingga 39 tahun itu, ditahan hasil pemeriksaan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada 2.45 pagi.

“Bertindak atas maklumat, lima lelaki serta lapan wanita ditahan dipercayai terlibat dengan parti liar terbabit.

“Mereka menerima jemputan ke parti itu menerusi aplikasi WhatsApp,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad Zainal berkata salah seorang suspek wanita bertindak selaku penganjur kepada parti liar terbabit, dipercayai menganjurkan aktiviti itu dengan tujuan berhibur bersama-sama kenalan rapatnya.

“Suspek juga didapati menyewa lokasi itu dengan bayaran RM180 untuk sehari menerusi seorang lelaki warga Bangladesh, selain bertindak menyediakan dadah jenis ketamin untuk kegunaan berhibur semasa parti liar terbabit diadakan,” katanya.

Beliau berkata, hasil saringan ujian air kencing mendapati 12 daripada suspek didapati positif dadah jenis methamphetamin dan ketamin.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, dan semua suspek direman selama tiga hari sehingga Isnin depan untuk siasatan lanjut.

Kesemua suspek turut dikenakan kompaun atas kesalahan Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Kawalan Pergerakan) (No. 2)(Pindaan)(No.5) 2021. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 2 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia