web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kementerian Siap Siaga Hadapi Kemungkinan Jerebu - Nik Nazmi

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Apr 2023 7:00AM

Antara yang sedang dilakukan adalah pemantauan kawasan ‘sensitif’ seperti tanah gambut, kawasan yang mudah terbakar dan kawasan lain yang sering berlaku pembakaran terbuka. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim sedang bersiap siaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan sekiranya berlakunya fenomena jerebu ekoran cuaca panas yang melanda Semenanjung negara kini.

Menterinya, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata antara yang sedang dilakukan adalah pemantauan di kawasan yang ‘sensitif’ seperti tanah gambut, kawasan yang mudah terbakar dan kawasan lain yang sering berlaku pembakaran terbuka.

“Ada kemungkinan (berlaku jerebu) dan kita (kementerian) akan mengadakan mesyuarat tentang isu jerebu ini dalam masa terdekat.

“Sebenarnya kita sudah ada sistem untuk bersiap sedia menghadapi jerebu cuma dalam dua atau tiga tahun ini sebab COVID (COVID-19) jadi bila isu COVID ini kita tengok masalah pembakaran dan sebagainya kurang, (aktiviti) industri pun kurang, jadi kali ini keadaan sudah kembali sedia kala jadi kita bersedia untuk berdepan dengan fenomena tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Iftar Ramadan, di sini, semalam.

Nik Nazmi berkata kementerian sedang melakukan persiapan dari segi bekalan air termasuk bekerjasama dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sekiranya berlakunya isu kekurangan bekalan air ekoran taburan hujan yang kurang. 

Bernama semalam melaporkan fenomena bahang cuaca panas yang melanda Semenanjung negara adalah disebabkan pemanasan permukaan bumi akibat sinaran matahari dan taburan hujan yang kurang.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, Muhammad Helmi Abdullah, berkata setakat Rabu, suhu maksimum harian merekodkan 37 darjah Celcius melibatkan negeri-negeri utara Semenanjung dan pedalaman Kelantan dan Pahang.

Namun, Muhammad Helmi berkata fenomena ini dijangka tidak berlarutan terlalu lama disebabkan hujan dijangka berlaku di kebanyakan tempat dalam beberapa hari akan datang. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Bekas Pengasuh Mengaku Tidak Bersalah Dera Bayi Di Taska

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Pesara Mengaku Tidak Salah Guna Dokumen Palsu, Salah Guna Harta Kesatuan

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Pasangan Kekasih Maut Nahas 4 Kenderaan

4

Sukan 3 bulan yang lalu

Terima Kecaman Ramai, TFC Batal Perjanjian Tajaan Dengan XFOX

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia