web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Guna Alasan Kecemasan, 1,060 Kenderaan Diarah Berpatah Balik

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 May 2021 5:47PM

Pihak polis menahan kenderaan dalam Sekatan Jalan Raya (SJR) di bawah Jambatan Sultan Yahya Petra, Kota Bharu.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Meskipun larangan merentas negeri dan daerah sudah dikuatkuasakan di seluruh negara, masih ada penduduk negeri ini yang tidak serik dan masih mencuba nasib, semata-mata untuk berhari raya di kampung halaman.

Menggunakan alasan kes kecemasan, taktik mereka itu bagaimanapun tidak berjaya dan diarah berpatah balik oleh pasukan polis yang bertugas mengawal sekatan jalan raya.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, sejumlah 1,060 kenderaan diarahkan berpatah balik ke destinasi awal sehingga jam 8 pagi tadi.

“Kenderaan itu ada yang datang dari luar Kelantan termasuk Kuala Lumpur, Selangor dan Johor Bharu.

“Mereka ini mencuba nasib kerana kenderaan mereka lepas ketika melalui Pahang dan Kuala Terengganu, namun sampai di Kelantan, kita suruh mereka berpatah balik,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini.

Menurut Shafien, majoriti mereka tidak memiliki sebarang dokumen sokongan dan menggunakan pelbagai alasan semata-mata untuk pulang ke kampung.

“Kita menasihatkan orang ramai supaya duduk di rumah sekiranya tiada kerja di luar dan tidak pulang ke kampung tanpa tujuan.

“Perbuatan melanggar arahan ini bukan sahaja merugikan kerana perlu berpatah balik malah membolehkan mereka dikenakan tindakan undang-undang,” katanya.

Dalam perkembangan lain beliau memberitahu, pihaknya akan menghantar dua pasukan polis untuk memantau dua pasar raya di Kelantan yang diarahkan tutup kerana tersenarai dalam sistem Hotspots Identification for Dynamic Engagement (HIDE).

Katanya, kedua-dua premis tersebut akan dikenakan tindakan undang-undang jika didapati terus beroperasi.

“Pada masa sama, kita juga akan memantau peniaga di tepi jalan atau penjaja supaya mereka mematuhi arahan dengan tidak lagi berniaga.

“Saya ingin mengingatkan orang ramai supaya tidak berbuka puasa di tepi Sungai Kelantan bagi mengelak berlakunya perlanggaran prosedur operasi standard (SOP) dan kehadiran pengunjung dalam jumlah yang besar,” katanya. - Getaran, 9 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 2 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia