web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Polis Buka Kertas Siasatan, Panggil Individu Terlibat Kekecohan Pasar Raja Bot

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Apr 2023 9:59PM

Polis membuka kertas siasatan berkait kekecohan yang berlaku di Pasar Raja Bot, Chow Kit, baru-baru ini sehingga tular di media sosial - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Polis membuka kertas siasatan berkait kekecohan yang berlaku di Pasar Raja Bot, Chow Kit, baru-baru ini sehingga tular di media sosial. 

Ketua Polis Daerah Dang Wang, Asisten Komisioner, Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya mengesan hantaran yang turut menyebut Twitter Polis Diraja Malaysia (PDRM), 8.30 malam semalam. 

Menurut beliau, rakaman video berdurasi 50 saat itu memaparkan kekecohan di dalam sebuah pasar raya dan di perkarangan pasar raya terbabit. 

"Ia membabitkan beberapa individu memakai ves, dipercayai dari sebuah persatuan peniaga serta peniaga gerai di situ.

“Insiden itu diketahui menerusi tag pada Twitter Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam hantaran di Twitter milik mambiar24 dan satu video TikTok milik akaun ustafa_khan1992 yang memaparkan insiden kekecohan membabitkan beberapa individu di Pasar Raja Bot, " katanya menerusi kenyataan, hari ini. 

Noor Dellhan berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi turut membuka satu kertas siasatan ke atas video sama yang tular pada 11 April lalu.

Menurut beliau, beberapa individu serta pihak tertentu sudah diambil keterangan dan kes terbabit kini disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan. 

"Siasatan sedang berjalan dan beberapa individu serta pihak tertentu sudah dipanggil untuk diambil keterangan.

"Ia bagi melengkapkan siasatan sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi arahan lanjut," katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak terbabit dalam sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang

"Tindakan akan diambil mengikut peruntukan undang-undang ke atas sesiapa sahaja yang ingkar,” katanya. - Getaran, 15 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Lelaki Ditembak Mati Dipercayai Dalam Perjalanan Lakukan Jenayah

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Pelaburan Kripto ‘Kakaue’ Perdaya Mangsa Di Facebook - JSJK

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Gaduh Awal Pagi, Warga Indonesia Maut

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Lelaki Tikam Ibu Dengan Gunting Direman 7 Hari

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Audit HRD Corp: SPRM Kenal Pasti Bebeapa Individu Untuk Bantu Siasatan

oleh Wartawan Getaran

Semasa 16 jam yang lalu

Bekas Mufti Pulau Pinang, Presiden Kesatuan Ulama Sedunia Penerima Tokoh Maal Hijrah 

Semasa 1 hari yang lalu

‘Tiada Masalah Kewangan Dan Tiada Hutang Pernah Dibuat Setakat Ini' - UIAM

oleh Diyana Nawwar

Politik 1 hari yang lalu

PRK Sungai Bakap: Siapa Pilihan Pengundi?