web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Malaysia Catat Angka Kematian COVID-19 Tertinggi Setakat Ini

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 May 2021 8:16PM

Dr Noor Hisham - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jumlah kes baharu COVID-19 di Malaysia dalam tempoh 24 jam menunjukkan penurunan apabila mencatat 3,733 kes selepas dua hari merekodkan kes positif harian lebih 4,000, namun terdapat 26 kes kematian dilaporkan hari ini, iaitu jumlah tertinggi setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkembangan terbaru itu menjadikan jumlah kumulatif kes positif di negara ini ialah 440,677, manakala angka keseluruhan kes kematian akibat wabak itu meningkat kepada 1,683 orang.

Beliau berkata pecahan kes baharu merangkumi 3,727 kes penularan tempatan dan hanya enam kes import, sementara jumlah kes aktif kini sebanyak 37,060.

“Kes kematian melibatkan 25 warganegara dan seorang warga asing berumur antara 49 hingga 85 tahun dengan majoritinya mempunyai latar belakang penyakit kronik,” katanya dalam kenyataan rasmi mengenai perkembangan COVID-19 di sini hari ini.

Semalam, Malaysia melaporkan jumlah kematian tertinggi dengan 25 kes.

Dr Noor Hisham berkata Selangor masih merekodkan jumlah kes harian tertinggi dengan 1,278 kes diikuti Sarawak (454), Johor (365) dan Kuala Lumpur (338), Pulau Pinang (280 kes), Kelantan (254) dan Negeri Sembilan (205) Kedah pula mencatatkan 176 kes diikuti Pahang (100), Perak (80), Sabah (61), Melaka (66), Putrajaya (20) dan Labuan dengan enam kes, manakala Perlis hanya satu kes.

Dalam pada itu, beliau berkata sebanyak 3,211 kes sembuh dicatatkan dalam tempoh sama menjadikan jumlah keseluruhan pesakit pulih kini 401,934, sementara 416 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 216 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Ketua Pengarah Kesihatan itu turut memaklumkan 13 kluster baharu dikesan hari ini melibatkan lima kluster di tempat kerja, lima kluster komuniti, dua kluster keagamaan dan satu kluster institusi pendidikan swasta yang berdaftar di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Kluster di tempat kerja membabitkan Kluster Jalan Satu dan Kluster Lorong Tiung di Selangor; Kluster Tapak Bina Jalan Tun Hussein Onn dan Kopitiam Kampung Selamat di Pulau Pinang serta Kluster Kawasan Industri Dua di Johor.  

“Kluster Komuniti melibatkan dua di Sarawak iaitu Kluster Jalan Stadium Negeri dan Kluster Tebedu Mawang; Kluster Sri Tualang (Kelantan); Kluster Jalan L Sungai Behrang (Perak) serta Kluster Lak Lok (Terengganu dan Kelantan).

“Kluster keagamaan ialah Kluster Jalan Haji Mahmud (Johor) dan Kluster Tanah Merah Keagamaan (Negeri Sembilan) manakala Kluster Desa Murni di Pulau Pinang adalah kluster institusi pendidikan swasta yang berdaftar di bawah KPM. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Pengasuh Direman 6 Hari Bantu Siasatan Kematian Budak 2 Tahun

2

Semasa 2 bulan yang lalu

5 Ditahan Bantu Siasatan Kes Kematian Rakan OKU

3

Semasa 2 bulan yang lalu

8 Warga Asing Ditahan Kes Pekerja Kilang Dipukul Hingga Mati

4

Luar Negara 4 bulan yang lalu

Angka Korban Serangan Israel Di Gaza Cecah 36,550 Orang

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia