web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Polis Kesan Individu Bakar Mercun Dari Balkoni Pangsapuri

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Apr 2023 9:25AM

Polis sedang mengesan seorang individu yang bermain mercun di balkoni sebuah pangsapuri di Meru, di sini seperti yang tular dalam rakaman video menerusi laman Twitter - Tangkapan layar video media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Polis sedang mengesan seorang individu yang bermain mercun di balkoni sebuah pangsapuri di Meru, di sini seperti yang tular dalam rakaman video menerusi laman Twitter.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata pihaknya mengesan perbuatan itu menerusi akaun Twitter menggunakan nama 'Megatz' semalam.

"Satu laporan polis telah diterima dan kes disiasat di bawah Seksyen 290 Kanun Keseksaan kerana melakukan mudarat awam serta Seksyen 4 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 kerana membakar mercun sehingga mendatangkan mudarat awam," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat kanan Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh ASP Fadli Ahmad di talian 019-2500 019 untuk membantu siasatan.

Katanya orang ramai dinasihatkan sentiasa bersikap bertimbang rasa, bertanggungjawab dan berwaspada semasa bermain mercun sempena musim perayaan demi menjamin keselamatan diri mahupun nyawa serta harta benda orang ramai.

Menerusi video berdurasi 25 saat yang tular itu, kelihatan seorang lelaki membakar mercun di balkoni sebuah unit pangsapuri beberapa kali. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Insiden Selisih Faham Di Taiping, Polis Minta Saksi Tampil Bantu Siasatan

2

Video & Galeri 5 bulan yang lalu

Malang Menjelang Aidilfitri

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Polis Siasat Insiden Tular Pukul Anjing

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

PM Beri Sumbangan Peribadi Kepada Mangsa Banjir Di Perlis

Semasa 1 hari yang lalu

Bomba Terima 2,575 Panggilan Kecemasan Kes Pokok Tumbang

Semasa 1 jam yang lalu

Alif Teega Didakwa Salah Guna Wang Lebih RM60,000

Semasa 1 hari yang lalu

SPRM Jumpa Wang Tunai Hampir RM800,000 Dalam Bilik Tidur Pegawai Imigresen