web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


'Wheelie' Di Jalan Raya, Polis Buru Remaja Lelaki

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Apr 2023 7:00AM

Video yang tular dua hari lalu memaparkan seorang penunggang motosikal yang membonceng seorang wanita, sedang melakukan aksi berbahaya (wheelie) - Gambar media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis sedang memburu seorang remaja, selepas aksinya yang menunggang motosikal secara berbahaya tular di media sosial sejak dua hari lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosli Daud berkata, suspek dikenali sebagai Fakhrul Idham Fakarudin.

Menurut beliau, alamat terakhir remaja berusia 17 tahun itu ialah di Lot 795, Jalan Pasir Puteh, Kampong Machang Bubok, 16150 Peringat, Kelantan.

“Polis pada 25 April lalu sekitar jam 1 tengah hari telah mengesan satu rakaman video berdurasi 28 saat di Facebook.

“Video berkenaan memaparkan seorang penunggang motosikal yang membonceng seorang wanita, sedang melakukan aksi berbahaya (wheelie),” katanya.

Polis sedang memburu seorang remaja, selepas aksinya yang menunggang motosikal secara berbahaya tular di media sosial sejak dua hari lalu - Gambar ihsan PDRM
Polis sedang memburu seorang remaja, selepas aksinya yang menunggang motosikal secara berbahaya tular di media sosial sejak dua hari lalu - Gambar ihsan PDRM

Mohd Rosli berkata, satu laporan polis di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 telah dibuat susulan insiden.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Unit 42, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu pada hari sama sekitar jam 5.50 petang telah membuat serbuan ke atas sebuah rumah di Kampung Machang Bubok, Peringat.

“Kami berjaya merampas sebuah motosikal jenis Honda C-110B berwarna putih, sepasang baju kurung berwarna biru dan sepasang baju Melayu, juga berwarna biru yang dipercayai digunakan suspek ketika melakukan aksi tersebut,” katanya.

Kedua-dua suspek bagaimanapun katanya, gagal ditemui, dipercayai telah melarikan diri.

“Mereka telah dikenal pasti dan akan disenarai hitam. Usaha mengesan sedang dijalankan untuk membolehkan tindakan diambil di bawah Seksyen 42(1) APJ 1987,” katanya.

“Jika sabit kesalahan, suspek boleh dipenjara tidak melebihi lima tahun dan didenda tidak kurang RM5,000 atau sehingga RM15,000 jika sabit kesalahan,” tegasnya.

Orang ramai jelas Mohd Rosli, digesa menghubungi Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kota Bharu, Asisten Superintendan Ahmad Adnan Mohamad di talian 09 775 2200 sekiranya melihat atau mempunyai maklumat lanjut mengenai kejadian tersebut.

“Mereka juga boleh tampil ke mana-mana balai berdekatan untuk membantu siasatan,” katanya. - Getaran, 27 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 hari yang lalu

2 Lelaki Ditembak Mati Dipercayai Dalam Perjalanan Lakukan Jenayah

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Pelaburan Kripto ‘Kakaue’ Perdaya Mangsa Di Facebook - JSJK

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Kerajaan Luluskan RM5 Juta Untuk Pembenihan Awan Di Kelantan

4

Semasa 2 minggu yang lalu

4 Lelaki Termasuk Remaja Bawah Umur Ditahan Berkait Kes Culik

Sorotan

1

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

2

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

3

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

4

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

5

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Op Bersepadu JPJ: 3 Pemandu Bas Positif Dadah, 2 Memandu Tanpa Lesen

oleh Diyana Nawwar

Semasa 2 jam yang lalu

Lelaki Dera Anjing Pernah Viral, Baling Kerusi Ke Arah Pelatih

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

USJT Ambil Alih Siasatan Kes Sebar Foto Mayat Zayn Rayyan

Semasa 13 jam yang lalu

Kerajaan Teliti Impak Sebelum Buat Keputusan Mengenai Rasionalisasi Subsidi RON95 - PM