web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Penduduk Lega Bekalan Gula Kembali Pulih

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 May 2023 1:49PM

Rata-rata penduduk di sekitar daerah ini dapat menarik nafas lega apabila bekalan gula yang terputus sejak minggu lepas kini kembali pulih - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Rata-rata penduduk di sekitar daerah ini dapat menarik nafas lega apabila bekalan gula yang terputus sejak minggu lepas kini kembali pulih.

Seorang pemborong dan peruncit barangan runcit Ahmad Najmi Mohd Ashari, 36, dari Tanjung Chat berkata beliau mula menerima bekalan gula secara berperingkat sejak Isnin lepas.

Katanya, walaupun bekalan yang diterima daripada pembekal dihadkan, sekurang-kurangnya beliau bersyukur dapat menyediakan barangan keperluan itu untuk dijual berikutan ia mendapat permintaan tinggi daripada pelanggan. 

“Sebelum ini saya mampu mendapat bekalan gula daripada pembekal lebih 4,000 kilogram (kg) bagi tempoh seminggu. Namun, sejak timbul isu ketiadaan gula dan ia kembali pulih bermula Isnin lepas saya hanya menerima kira-kira 2,500 kg gula.

“Disebabkan bekalan daripada pembekal juga terhad, saya kini terpaksa mengehadkan juga pembelian kepada setiap pelanggan iaitu dua hingga tiga kg sahaja bergantung kepada bekalan semasa yang dijual pada harga RM2.85 setiap kg,” katanya ketika ditemui Bernama di kedai runcitnya di Tanjung Chat di sini hari ini.

Ahmad Najmi berkata beliau juga berterima kasih kepada kerajaan terutamanya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan kerana cakna dengan isu yang dihadapi oleh rakyat dan berjaya menanganinya dalam tempoh yang singkat.

Sementara itu, seorang pengusaha kedai makan Rodiah Ismail, 44, dari Kampung Banggol berkata perniagaannya hampir terjejas pada minggu lepas berikutan ketiadaan bekalan gula untuk digunakan dalam masakan dan minuman di kedainya.

“Sepanjang tempoh itu saya hanya mampu bertahan dengan bekalan gula sedia ada yang dibeli sebelum berlaku ketiadaan gula selain terpaksa mengurangkan kuantiti bahan itu dalam masakan dan minuman.

“Bagaimanapun, kini saya mampu menarik nafas lega apabila bekalan gula sudah mudah diperoleh di kedai runcit walaupun setiap pelanggan dihadkan pembelian sekadar dua kg gula setiap seorang,” katanya.

Seorang pengguna, Kamarul Zaman Wan Mohamad, 60, dari Kampung Chat berkata sejak minggu lepas beliau terpaksa mencari bekalan gula di lebih 10 kedai runcit, namun tidak berjaya.

“Sepanjang tempoh itu saya terpaksa menggunakan susu pekat untuk menggantikan penggunaan gula terutamanya dalam minuman dan sebagainya. 

“Saya berharap isu ketiadaan gula ini tidak berulang lagi pada masa depan memandangkan ia bahan keperluan yang digunakan oleh rakyat terutamanya dalam kehidupan harian,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub memaklumkan gangguan bekalan gula di Pantai Timur telah pulih.

Menerusi laporan itu, masalah dikenal pasti berpunca daripada penutupan sementara kilang gula MSM Malaysia Holdings Bhd di Johor dan Perai, Pulau Pinang sempena sambutan Aidilfitri dan telah beroperasi semula pada 25 April lepas. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

4 Individu Dikaitkan GISBH Direman 3 Hari

2

Semasa 2 minggu yang lalu

PERHILITAN Kelantan Selamatkan Tapir Jatuh Longkang

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Anggota Trafik Patah Paha Terlibat Nahas Ketika Bertugas

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Kerajaan Luluskan RM5 Juta Untuk Pembenihan Awan Di Kelantan

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia