web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


KKD Komited Pastikan HKL Dilengkapi 5G - Fahmi

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 05 May 2023 10:05PM

Fahmi Fadzil berkata pihaknya ada berbincang dengan Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa baru-baru ini mengenai isu liputan Internet yang dihadapi di kebanyakan hospital kerajaan termasuk HKL - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) komited dalam memastikan kawasan hospital kerajaan khususnya Hospital Kuala Lumpur (HKL) dilengkapi kemudahan rangkaian 5G yang dapat meningkatkan mutu perkhidmatan kesihatan kepada rakyat.

Menteri berkenaan Fahmi Fadzil berkata pihaknya ada berbincang dengan Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa baru-baru ini mengenai isu liputan Internet yang dihadapi di kebanyakan hospital kerajaan termasuk HKL.

“Saya juga akan minta pihak Digital Nasional Berhad (DNB) untuk meneruskan perbincangan mereka bagi mengenal pasti lokasi yang boleh dipasang sama ada menara atau kelengkapan 5G.

“Ini penting dan saya lihat mungkin ada satu peluang untuk kita bukan hanya lengkapkan jaringan 4G di HKL, tetapi juga meneliti apa yang boleh kita lakukan untuk pemasangan 5G,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di HKL di sini hari ini.

Fahmi berkata rangkaian 5G di HKL dapat disegerakan jika isu-isu berkaitan kemudahan itu diselesaikan secepat mungkin membabitkan semua pihak berkepentingan.

Terdahulu, Fahmi menyantuni dan menyampaikan sumbangan kepada wartawan veteran dan bekas Penolong Pengarang Utusan Melayu (M) Bhd Mohd Sidek Salleh yang sedang menerima rawatan di HKL, menerusi program Kasih@HAWANA 2023.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Roslan Ariffin, Ketua Penyiaran (TV dan Radio) Bernama merangkap Pengarah Projek HAWANA 2023 D. Arul Rajoo serta Timbalan Pengarah (Perubatan) III HKL Dr Fairoz Azlim Muslim. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

Fahmi Mahu Organisasi Media Berkaitan Segera Lunas Isu Tunggakan Gaji

2

Politik 1 minggu yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

3

Semasa 4 minggu yang lalu

Tindakan Platform Media Sosial Kekang Jenayah Masih Lemah - Fahmi

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia