web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Penduduk Kampung Sapi Masih Tinggal Dalam Kontena Sementara Nanti Rumah Dijanji

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 May 2023 7:07AM

Lebih 200 keluarga telah ditempatkan di rumah kontena di Kg Gas selepas rumah mereka hangus dalam kebakaran pada Julai 2018. - Gambar oleh Rebecca Chong

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SANDAKAN - Nasib lebih 200 keluarga dari Kg Gas, Batu Sapi di sini yang ditempatkan di rumah kontena sejak 2018, masih tidak menentu sehingga kini.

Penduduk di kawasan itu yang kini dikenali sebagai Kg Kontena mendakwa, pegawai kerajaan mengadakan mesyuarat pada awal tahun ini dan memaklumkan, 56 rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) akan dibina di tapak sama di Kg Gas untuk mereka mulai Februari lalu.

Mereka difahamkan, keutamaan akan diberikan kepada 12 keluarga yang masih tinggal di rumah kontena, manakala selebihnya akan diputuskan melalui cabutan rambang.

Bagaimanapun, penduduk kampung berkenaan memberitahu The Vibes bahawa pembinaan rumah PPRT yang sepatutnya dimulakan Februari lalu itu, masih belum dimulakan.

“Mereka (pihak berkuasa) belum mula membekalkan elektrik atau air yang sepatutnya menjadi langkah pertama sebelum mereka mula membina rumah,” kata seorang daripada penduduk kampung.

Lebih 200 keluarga ditempatkan di rumah kontena itu selepas rumah mereka di Kg Gas hangus dalam kebakaran pada Julai 2018.

Mereka kemudian diberi pelbagai janji oleh ahli politik dari satu pilihan raya ke pilihan raya lain, namun masalah itu masih belum diselesaikan.

Hanya 12 keluarga tinggal di Kontena Kg sekarang, manakala selebihnya berpindah ke rumah saudara mara kerana tidak tahan dengan keadaan hidup teruk di dalam kontena itu, termasuk berdepan bocor ketika hujan dan cuaca panas pada sebelah petang.

Malah, Jabatan Kesihatan Sandakan tahun lalu, mengisytiharkan tempat itu tidak sesuai untuk diduduki orang ramai kerana tidak bersih dan berisiko menularkan penyakit berjangkit, termasuk denggi serta COVID-19.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekong, Alias Sani berkata, rumah kontena itu sepatutnya menjadi penyelesaian sementara pada 2018, bagi menempatkan mangsa bencana alam dan kebakaran sebagai tempat perlindungan.

''Tetapi entah bagaimana, dengan pertukaran kerajaan dan pilihan raya, keadaan menjadi tidak terkawal dan mangsa akhirnya terpaksa terus tinggal di situ kerana tiada tempat untuk dituju,” katanya kepada The Vibes.

Alias berkata, memandangkan pembinaan rumah PPRT yang dijanjikan masih belum bermula, beliau akan membangkitkan perkara itu pada mesyuarat Dewan Undangan Negeri (DUN) akan datang, bulan ini. – The Vibes, 6 Mei 2023

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 16 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 16 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki