web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Lantikan Azam Baki Bukti Perdana Menteri Tidak Amal Politik ‘Balas Dendam’

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 May 2023 7:12AM

Pelanjutan khidmat Azam Baki tidak seharusnya dijadikan polemik politik oleh Perikatan Nasional (PN) kerana ia telah mendapat perkenan oleh Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah - Gambar Fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keputusan menyambung kontrak Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki membuktikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mengamalkan politik ‘balas dendam’, seperti yang diamalkan kerajaan sebelum ini.

Penganalisis politik Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Dr Hussain Yusri Zawawi berkata, ia mempamerkan kematangan politik Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu dan ‘membunuh’ segala persepsi bahawa portfolio berkaitan perlu diganti setiap kali Perdana Menteri baharu mengangkat sumpah.

Menurut beliau, pelanjutan khidmat Azam tidak seharusnya dijadikan polemik politik oleh Perikatan Nasional (PN) kerana ia telah mendapat perkenan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. 

“Keputusan mengekalkan Azam menunjukkan Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Anwar kekal konsisten untuk tidak melakukan rombakan drastik dan masih memilih Ketua Pesuruhjaya SPRM yang telah dilantik ketika zaman PN menjadi kerajaan.

“Seharusnya, pelanjutan khidmat Azam tidak dijadikan isu politik kerana apa yang paling penting, walaupun pemilihan Ketua Pesuruhjaya SPRM atas budi bicara Perdana Menteri, namun ia perlu dipersetujui oleh Yang di-Pertuan Agong terlebih dahulu,” katanya ketika dihubungi Getaran, hari ini.

Hussain berkata, seharusnya pembangkang terbuka menerima keputusan kerajaan menyambung kontrak Azam, kerana ia menandakan pilihan yang telah dilakukan oleh PN masih dipercayai untuk menyandang satu jawatan penting.

“Kalaulah Perdana Menteri menukar Ketua Pesuruhjaya SPRM, mungkin (boleh menjadi isu). Kita akan tengok siapa individu yang dilantik, apakah kaitan pertukaran itu dengan Kerajaan Perpaduan. Namun (apa yang) berlaku ialah sebaliknya, apabila Azam yang pernah bekerja bersama dua Perdana Menteri terdahulu, dikekalkan. 

“Jadi, pelantikan beliau bukanlah isu politik atau ada sebarang agenda yang berlaku, dan sudah tentu sekiranya (Azam) mempunyai kelemahan, sudah tentu akan ada nasihat daripada Yang di-Pertuan Agong apabila cadangan mengekalkan Azam dipersembahkan kepada baginda,” katanya.

Seharusnya pembangkang terbuka menerima keputusan kerajaan menyambung kontrak Azam, kerana ia menandakan pilihan yang telah dilakukan oleh PN masih dipercayai untuk menyandang satu jawatan penting - Dr Hussain Yusri Zawawi

Tegas beliau, Azam juga telah dibuktikan tidak bersalah walaupun sebelum ini terpalit dengan kontroversi pemilikan saham dalam dua syarikat tersenarai awam. 

Sehubungan itu, sekiranya pembangkang masih menjadikan pelantikan Azam sebagai senjata politik mereka, Hussain berkata, tindakan itu membuktikan wujud salah laku yang sebenarnya sedang berlaku, khususnya oleh PN.

“Kalau nak kata pelantikan Azam ini retorik politik, ia tidak benar sama sekali kerana SPRM ada bidang kuasa. Yang menjalankan siasatan SPRM adalah pegawai penyiasat berdasarkan peruntukan undang-undang dalam agensi berkenaan. Itu sudah membuktikan agensi tersebut ada semak dan imbang dalam melaksanakan amanah masing-masing.

“SPRM adalah badan bebas yang langsung tidak terkait dengan politik kerana sesiapa sahaja, termasuk pemimpin jika dilaporkan kepada SPRM kerana berlaku sebarang perbuatan salah guna kuasa serta rasuah, agensi kerajaan itu akan mengambil tindakan,” katanya.

“Apa yang jelas, jika kita (pembangkang) tidak terlibat dengan sebarang salah laku di bawah Akta SPRM 2009, tidak perlu takut dan terima dengan hati terbuka pelanjutan khidmat Azam,” katanya.

Terdahulu, PAS mendakwa tindakan melanjutkan kontrak perkhidmatan Azam sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM adalah bukti jelas bahawa semua yang Pakatan Harapan (PH)  fitnah, keji dan maki ketika musim berkempen pilihan raya hanyalah retorik politik dan tuduhan tanpa bukti semata-mata.

Ketua Penerangan PAS, Ir Khairil Nizam Khirudin berkata, pihaknya menyeru orang ramai supaya tidak lagi mempercayai kata-kata fitnah serta janji PH bersama sekutunya, Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya di enam negeri yang akan datang.

Dalam pada itu, Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH), Thomas Fann berkata, Anwar seharusnya merujuk terlebih dahulu kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bagi pemilihan Ketua Pesuruhjaya SPRM, untuk menghapuskan sebarang persepsi bahawa wujud campur tangan Perdana Menteri dalam SPRM.

“Anwar telah terlepas peluang keemasan untuk benar-benar keluar dari menukar Ketua SPRM apabila pertukaran kerajaan berlaku.

“Dengan melanjutkan tempoh perkhidmatan Azam, beliau (Anwar) hanya mengekalkan dan memperkukuh fakta bahawa Perdana Menteri mempunyai budi bicara dan pengaruh mutlak terhadap proses pelantikan. Tindakan itu akan menimbulkan pelbagai tuduhan pihak SPRM tidak bebas dan bersenjata terhadap lawan politik.

“Justeru itu, bagi melangkah ke hadapan, terdapat keperluan proses pelantikan Ketua Pesuruhjaya itu dimaktubkan dalam Akta SPRM,” katanya.

Sementara itu, pengasas Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4), Cynthia Gabriel berkata, keputusan melanjutkan khidmat Azam Baki menyukarkan agenda untuk memerangi rasuah.

“Lanjutan ini bukanlah satu langkah yang baik, malah ia menjadi halangan dalam perjuangan Anwar menentang rasuah.

“Dia perlu menjelaskan keputusannya di sini. Kita pastinya boleh melaksanakan proses yang telus dan bertanggungjawab dalam pelantikan jawatan melalui Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen,” katanya.

Rabu lalu, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali menerusi kenyataan memaklumkan Azam dilantik semula sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM untuk tempoh selama setahun dan diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Azam dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM pada 2020 oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri, bagi menggantikan Latheefa Koya yang meletak jawatan selepas berlaku pertukaran kerajaan pada tahun sama. - Getaran, 16 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 hari yang lalu

Rasuah Projek Lebuh Raya: Seorang Lagi Ditahan

2

Semasa 6 hari yang lalu

Saham Prolintas Infra Jatuh Susulan Siasatan SPRM

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Rasuah RM30,000: 2 Pegawai Kanan Agensi Penguatkuasa Dan Isteri Direman

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Penolong Pegawai Tadbir JHEAT Berdepan 24 Pertuduhan Salah Guna Kuasa

Sorotan

1

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

2

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

3

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

4

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

5

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Menteri Tak Pernah Promosi Kumpulan Di Media Sosial, Awas ‘Scammer’! - JPM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Malaysia Perlu Anjakan Strategi Sektor Pelancongan - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Beli Rumah Dapat Kereta, Setiausaha Anggap Tuah Anak Baru Lahir 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Dewan Rakyat Rakam Takziah Kepada Keluarga Syed Husin