web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 2 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 2 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 6 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Laman Web Pra-Jualan Tiket Coldplay Tak Dapat Diakses

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 May 2023 11:24AM

Laman web itu memaparkan mesej ‘Ralat: kadar melebihi' selepas pelayar menekan pautan ‘Beli Sekarang’ di laman web Live Nation Malaysia. - Gambar PR

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tiket konsert yang dinanti-nantikan daripada kumpulan rock British, Coldplay boleh didapati menerusi akses pra-jualan pada jam 10 pagi hari ini untuk pemegang kad CIMB Bank.

Malangnya, laman web itu tidak dapat diakses kerana mendapat permintaan luar biasa.

Laman web itu memaparkan mesej ‘ralat: kadar melebihi’ selepas pelayar menekan pautan ‘Beli Sekarang’ di laman web Live Nation Malaysia, setakat jam 10.30 pagi tadi.

Laman web itu membuka akses pra-jualan tiket untuk pemegang kad CIMB Bank pada jam 10 pagi, dengan giliran menunggu bermula seawal jam 9 pagi hari ini.

Jualan tiket am akan dibuka pada jam 10 pagi keesokan harinya, justeru sebarang masalah diharap dapat diselesaikan ketika itu.

Bersedia untuk beraksi di pentas besar di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 22 November depan, Coldplay terdiri daripada Chris Martin (vokalis), Will Champion (pemain dram), Jonny Buckland (pemain gitar) dan pemain bass, Guy Berryman.

Harga tiket dijual pada harga RM3,088 bagi kategori Ultimate Experience sehinggalah Cat 7 berharga RM228.

Kuala Lumpur akan menjadi lokasi persinggahan terakhir kumpulan yang memenangi pelbagai Anugerah Grammy dalam siri Jelajah Dunia Music Of The Spheres, dengan venue sebelumnya di Tokyo, Kaohsiung, Jakarta dan Perth.

Pada 9 Mei lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengalu-alukan kedatangan kumpulan rock terkenal British, Coldplay yang akan menjayakan konsert mereka di Kuala Lumpur, pada 22 November depan.

Ramai yang mengalu-alukan kedatangan Coldplay itu malah ada yang meminta agar harga tiket Rahmah disediakan untuk konsert mega tersebut.

Tinjauan di Twitter mendapati ramai berkongsi kekecewaan mereka kerana masih belum berjaya mendapat akses pra-jualan tiket itu.

“Ini mengingatkan saya ketika cuba mendapatkan vaksin AZ (AstraZeneca),” kata Chuanjie.

“Dari pukul 10 que (menunggu), baru 2 cm (sentimenter)  je gerak,” kata Didi L.

“Saya menyerah kalah. Sumpah lagi susah dari Blackpink. Tak pelah tunggu esok,” kata Intnsyfka. – Getaran, 16 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Muzik 2 bulan yang lalu

5 Kumpulan AKB48 Berjaya Himpun Lebih 2,000 Peminat Pada Konsert Pertama Di Malaysia

2

Muzik 2 bulan yang lalu

Ella Memukau, Kini Siap Sedia Terbang ke Singapura

3

Muzik 3 bulan yang lalu

20 Kumpulan Rock Bergabung Dalam Satu Album, ‘Rock Never Dies’

4

Muzik 3 bulan yang lalu

Afgan Bakal Kenalkan Pasangan Dalam Konsert

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tekanan Berterusan Perlu Diberi Kepada Israel, Laksana Gencatan Senjata Dengan Segera - PM

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Banjir Sepanyol: Tiada Rakyat Malaysia Terjejas - Wisma Putra

Semasa 1 hari yang lalu

Pukul Pemandu E-Hailing OKU, Pengawal Pengiring VIP Didenda RM1,000