web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Mahkamah Tetapkan 22 Jun Putuskan Semakan Kehakiman Rosmah

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 May 2023 2:16PM

Tarikh itu juga adalah bila mahkamah akan mendengar rayuan Rosmah Mansor terhadap hukuman denda dan penjara ke atas beliau - Gambar Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan menetapkan 22 Jun ini untuk memutuskan semakan kehakiman Datin Seri Rosmah Mansor berhubung pelantikan mantan hakim Mahkamah Persekutuan, mendiang Datuk Seri Gopal Sri Ram sebagai pendakwa utama dalam perbicaraan rasuah projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion.

Panel tiga hakim itu, termasuk Datuk Hanipah Farikullah, Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali dan Datuk See Mee Chun berkata, mahkamah memerlukan lebih masa untuk mempertimbangkan hujahan setiap pihak.

Tarikh itu juga adalah bila mahkamah akan mendengar rayuan Rosmah terhadap hukuman denda dan penjara ke atas beliau.

Jabatan Peguam Negara diwakili Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan manakala Datuk Akberdin Abd Kader dan Datuk Jagjit Singh mewakili Rosmah. 

Semasa prosiding hari ini, Shamsul berkata, permohonan Rosmah pada 24 Jun 2022 ditangguhkan selama lebih tiga tahun kerana beliau didakwa pada 15 November 2018.

Oleh itu, beliau berkata, Rosmah yang juga isteri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak gagal mematuhi Perintah 53 Peraturan 3(6) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012.

Perintah itu menyatakan bahawa permohonan untuk semakan kehakiman mesti dibuat dengan segera dan dalam tempoh tiga bulan dari tarikh alasan untuk permohonan tersebut mula-mula timbul, atau apabila keputusan pertama kali dimaklumkan kepada pemohon.

Bagaimanapun, perayu berhujah bahawa permohonan itu dibuat hanya 28 hari selepas 27 Mei 2022, iaitu apabila Mahkamah Persekutuan memutuskan untuk menolak permohonan Rosmah bagi membatalkan perbicaraan rasuahnya dan memecat Sri Ram sebagai ketua pendakwa.

Berikutan fakta ini, Akberdin dan Jagjit berkata, permohonan itu berada dalam had masa tiga bulan.

Sebelum ini, Rosmah memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, memohon pengisytiharan bahawa pelantikan Sri Ram sebagai timbalan pendakwa raya kanan melalui tiga surat pelantikan (fiat) bertarikh 8 Julai 2020, 11 Mei dan 21 Mei 2021 adalah menyalahi undang-undang .

Peguam negara atau pendakwa raya, kerajaan Malaysia dan Sri Ram dinamakan sebagai responden.

Rosmah juga memohon pengisytiharan bahawa keseluruhan prosiding pendakwaan dan perbicaraan penuh bagi kes rasuahnya adalah tidak sah dan terbatal, bahawa beliau mesti dibebaskan daripada semua pertuduhan di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Beliau turut memohon untuk melucutkan kelayakan Sri Ram sebelum semakan kehakiman tetapi ditolak oleh hakim Mohamed Zaini Mazlan yang mengetuai perbicaraan rasuahnya.

Rayuannya kepada Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan juga ditolak.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ahmad Kamal Md Shahid terpaksa menolak permohonan Rosmah untuk memulakan semakan kehakiman, dua hari sebelum Zaini dijadual menyampaikan keputusannya dalam kes rasuah tersebut.

Rosmah didakwa meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd, Saidi Abang Samsudin melalui bekas pembantunya, Datuk Rizal Mansor sebagai ganjaran membantu syarikat memperoleh RM1.25 bilion projek untuk menyediakan tenaga hibrid solar di 369 sekolah di luar bandar Sarawak.

Selepas itu, pada 1 September, Zaini mendapati Rosmah bersalah atas pertuduhan rasuah, menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan denda RM970 juta. – The Vibes, 18 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Miza Ozawa Dipenjara 2 Bulan

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Najib Kawal Penuh Semua Aspek SRC - Bekas Pengarah

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Bapa Pukul 2 Anak Dipenjara 8 Bulan

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Kecuaian Perubatan: Bekas CEO PROLINTAS Terima Pampasan RM5.1 Juta

Sorotan

1

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

2

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

3

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

4

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

5

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

4 Negara Sah Berentap Untuk Pestabola Merdeka 2024

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Lelaki Dera Anjing Pernah Viral, Baling Kerusi Ke Arah Pelatih

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

‘Kami Tetap Teguh Walau Dikritik’ - Anwar

oleh Wartawan The Malaysian Insight

Sukan 1 hari yang lalu

China Lebur Impian Malaysia Ke Final Kejohanan Badminton Remaja Asia