web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Acryl Sani Tekad Perkukuh Hubungan Dengan Media, ‘Menyepi Disebabkan Insiden Tapi I’m Back’’

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 May 2023 8:40PM

Acryl Sani Abdullah Sani menyampaikan ucapan kepada para pengamal media pada Majlis Hi-Tea PDRM Bersama Media sempena Sambutan Aidilfitri Tahun 2023 di Mes Pegawai Kanan Polis Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - “I'm back” (saya sudah kembali).

Demikian penegasan dibuat Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani yang mahu mewujudkan situasi lebih mesra dengan pengamal media, sekali gus berganding bahu dalam menghebahkan isu dan perkembangan semasa membabitkan pihak berkuasa itu. 

Beliau berkata, pendekatan itu diambil kerana media dianggap sebagai jambatan, saluran dan rakan PDRM untuk menyampaikan maklumat kepada orang ramai.

“Orang ramai nak tahu, orang ramai berhak tahu apa yang berlaku, jadi kami di pihak berkuasa tak boleh berdiam diri kerana kalau berbuat demikian, ia akan menimbulkan spekulasi tidak sihat.

“Jadi, kita akan sentiasa berhubung baik dengan media bagi menyampaikan maklumat kepada orang ramai,” katanya ketika berucap pada Majlis Minum Petang Bersama Media di Bukit Aman hari ini.

Menjawab persoalan media yang mendakwa PDRM agak menyepi sejak akhir-akhir ini dalam membuat kenyataan secara berdepan dengan wartawan, beliau menjelaskan ia disebabkan satu insiden dialaminya sendiri.

Acryl Sani berkata, pihaknya tidak pernah bertindak sedemikian, malah mana-mana pengamal media yang mengenalinya secara peribadi semasa memegang jawatan sebagai pengarah, timbalan pengarah, ketua polis negeri pasti mengetahui beliau sentiasa memberikan respons secara berdepan.

Namun, katanya, sikap beliau sedikit berubah selepas ada kenyataan dikeluarkannya, diubah suai.

“Semasa saya Timbalan Ketua Polis Negara, ada satu insiden kenyataan saya itu diubah suai. Saya mengatakan sesuatu yang bukan sebenarnya seperti dilaporkan, jadi saya kena kutuk dua tiga hari. Apa berlaku, mujur ada klip video di YouTube yang menerangkan perkara sebenar.

“Justeru saya dinasihat tidak lagi berdepan dengan media secara 'off the cuff' (secara tidak rasmi). Walaupun hari itu saya bercakap lain daripada tajuk tetapi segelintir media atas sesetengah alasan, dia melaporkan perkara lain, jadi cara terbaik adalah dengan mengeluarkan kenyataan bertulis, namun lama-lama kata tidak mesra pula,” katanya.

Mengulas lanjut, Acryl Sani berkata, beliau kemudian berbincang dengan beberapa pegawai PDRM berhubung pandangan pengamal media itu dan mendapati kaedah penjelasan menerusi kenyataan, tidak mencukupi dan maklumat diberikan dianggap tidak lengkap.

“Mungkin cara perhubungan secara bertulis pada pandangan media tidak memuaskan macam makan nasi dengan ikan tetapi tidak ada lagi lauk lain.

“Kalau berdepan, media boleh tanya lain-lain soalan seperti ‘datuk soalan lain’, ‘datuk tambahan’,” katanya.

Selain itu, Acryl Sani berkata, beliau juga mengharapkan media memahami situasinya yang bimbang dan perlu berhati-hati dalam mengeluarkan setiap kenyataan kerana kedudukannya sebagai orang nombor satu PDRM.

“Dulu saya sebagai ketua polis negeri, ketua pengarah, saya ada bos atas, kalau saya buat salah, bos akan repair (perbetulkan) tetapi sekarang sebagai Ketua Polis Negara, jika saya buat salah, tiada yang akan repair untuk saya, apa saya sebut adalah autoriti, itu dia punya kedudukan kini.

“Bagaimanapun, atas permintaan ramai seperti dikatakan pelakon watak Terminator, Arnold Schwarzenegger, ‘I'm back’,” katanya. - Getaran, 18 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 3 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia