web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Isu Kalimah Allah: Dasar Kerajaan Tidak Pernah Berubah Sejak 1986

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 May 2023 8:54PM

Fahmi Fadzil turut berkata isu terbabit hanyalah berkaitan rampasan bahan penerbitan pada ketika itu dan bukanlah dari sudut teologi ataupun apa juga yang membabitkan penggunaan kalimah Allah - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil menegaskan dasar kerajaan Persekutuan dalam isu penggunaan kalimah Allah tidak pernah berubah sejak 1986.

Menurut beliau, notis pemberhentian rayuan semakan kehakiman membabitkan kes Jill Ireland lawan Kerajaan Malaysia difailkan Pejabat Peguam Negara susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang dikeluarkan ketika itu menggunakan pendekatan perundangan sivil dan pentadbiran.

Malah katanya, isu terbabit hanyalah berkaitan rampasan bahan penerbitan pada ketika itu dan bukanlah dari sudut teologi ataupun apa juga yang membabitkan penggunaan kalimah Allah.

“Kes itu berhubung kait bukan isu agama, bukan penggunaan kalimah Allah, namun isu pentadbiran serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia, di mana agensi itu menyita sejumlah bahan yang ada kalimah Allah.

“Namun asas arahan itu bercanggah dengan keputusan kerajaan serta keputusan barisan Kabinet. Itu yang dipertikaikan. Namun dasar kerajaan tentang isu penggunaan kalimah Allah tidak pernah berubah sejak 1986 sehinggalah ke hari ini, tiada perubahan dasar,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sebuah rakaman video yang menjelaskan salah faham mengenai isu membabitkan Jill Ireland semasa merasmikan program Jom Baca 10 Minit peringkat Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) di Putrajaya, hari ini.

Walaupun berlaku percanggahan daripada kerajaan sebelum ini, Fahmi berkata, perkara itu akan segera ‘dibaiki’ oleh Kerajaan Perpaduan seperti yang disarankan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Mantan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam teks beliau ada mengaku kalau dibawa ke mahkamah, sukar untuk menang… tak boleh menang. Itu diakui oleh mantan Perdana Menteri.

“Jadi, Kabinet telah buat keputusan kita akan persembahkan cadangan menyeluruh secara bersepadu untuk selesaikan masalah ini kepada Majlis Raja-Raja,” katanya.

Ahad lalu, Getaran melaporkan, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kerajaan Malaysia menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan bahawa penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah 'Allah' dan tiga perkataan Arab yang lain- 'Baitullah', 'Kaabah' dan 'solat' dalam penerbitan bahan agama mereka bagi tujuan pendidikan.

Keputusan Mahkamah Tinggi itu dibuat pada 10 Mac 2021 selepas membenarkan permohonan semakan kehakiman seorang wanita beragama Kristian, Jill Ireland yang memohon perisytiharan mengenai hak Perlembagaannya berhubung penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan agama berkenaan.

Notis pemberhentian rayuan semakan kehakiman itu difailkan Pejabat Peguam Negara di Pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan di Putrajaya, pada 18 April lalu.

Antara lain, notis itu menyatakan bahawa KDN dan Kerajaan Malaysia tidak berniat untuk meneruskan rayuan yang difailkan pada 12 Mac 2021 dan memberhentikan keseluruhan rayuan tanpa sebarang perintah terhadap kos. - Getaran, 18 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Proses Peralihan Kepada Model Dwirangkaian 5G Bermula Hari Ini - Fahmi

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Putrajaya Bertegas Tidak Benarkan Kontena Israel Masuk Pelabuhan Negara

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Kerajaan Bakal Lancar Kempen Keselamatan Dalam Talian Untuk Kanak-Kanak Dan Keluarga

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Perjumpaan Dengan Meta Di Singapura Bincang Komitmen Tangkis Berita Palsu - Fahmi

Sorotan

1

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

2

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

3

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

4

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

5

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Malaysia Perlu Anjakan Strategi Sektor Pelancongan - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Giat Siasat Penyebaran Gambar Didakwa Zayn Rayyan 

Semasa 1 hari yang lalu

Program Matrikulasi: Kuota Bumiputera Tidak Berubah - PM

oleh Wartawan Getaran

Semasa 18 jam yang lalu

Dewan Rakyat Rakam Takziah Kepada Keluarga Syed Husin