web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Subsidi Golongan Sasar Perlu Penelitian Tuntas, Jangan Ada Yang Tertinggal

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 May 2023 7:00AM

Malaysia masih gagal melaksanakannya kerana tiada data terperinci sedangkan seluruh dunia kini berada di era data analitik. - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan disarankan memberi tumpuan kepada usaha mengumpulkan data setiap rumah secara terperinci, dalam memberikan subsidi yang adil kepada golongan bersasar. 

Pakar Ekonomi dari Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK), Profesor Emeritus Dr Barjoyai Bardai berpandangan, subsidi bersasar selama ini gagal dilaksanakan kerana negara tidak mempunyai maklumat penerima yang telah diperincikan sepenuhnya. 

Menurut beliau, usaha perlu dibuat bagi mengumpul data setiap isi rumah secara terperinci termasuk maklumat seperti umur, lokasi tempat tinggal, keadaan ekonomi individu, jenama pakaian dan jumlah pemakanan mereka setiap hari.

Dr Barjoyai Bardai - Gambar fail
Dr Barjoyai Bardai - Gambar fail

"Bagaimanapun, Malaysia masih gagal melaksanakannya kerana kita tidak ada data terperinci sedangkan seluruh dunia kini berada di era data analitik.

"Contohnya, bagi subsidi petrol, jika kita mahu beri kepada penunggang motosikal dan pengguna kenderaan berkuasa rendah, ia boleh dilakukan tetapi kita perlu tahu siapa individu terbabit yang layak menerimanya," katanya kepada Getaran. 

Barjoyai berkata, kerajaan sebenarnya boleh mendapatkan data terbabit dengan mudah daripada syarikat penyedia perkhidmatan atau sumber lain.

"Pelaksanaan subsidi bersasar bermaksud tumpuan kepada isi rumah, sedangkan statistik atau data yang negara ada sekarang hanya memfokus kepada makro dan bukannya data mikro.

"Semua pihak memang menyambut baik saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, supaya subsidi harus bersasar dan tidak dinikmati golongan kaya serta pemain industri," katanya. 

Kerajaan Perpaduan dilaporkan akan terus mencari kaedah bagi memastikan subsidi diberikan secara adil kepada golongan sasaran.

Perdana Menteri berkata, golongan B40 adalah golongan yang akan terus diberi perhatian dalam pemberian subsidi.

Dalam pada itu, pakar ekonomi dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali berkata, kerajaan harus menangani cabaran dengan melaksanakan penstrukturan ekonomi negara. 

Menurut beliau, ketika ini perkara berkenaan dilihat tidak jelas dan bermaya walaupun pelbagai jilid pelan induk, road map atau blueprint telah dilancarkan  oleh kerajaan. 

"Mengapa kita melewatkan penstrukturan yang diperlukan? Malaysia akan ketinggalan kalau kita terus melengahkan penstrukturan semula ekonomi negara. 

"Keputusan ini seiring dengan keputusan Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) beberapa hari lalu untuk mewujudkan pengkalan data utama (PADU) sosio ekonomi rakyat. 

"Namun, hasrat menjadikan subsidi bersasar bukan baharu, sudah berulang kali dibuat, diumumkan, bertahun didengar," katanya. 

Sehubungan itu, Noor Azlan berkata, kerajaan perlu bersama pelbagai pihak agar penjelasan kerangka, teras, strategi atau sasaran untuk perubahan struktur ekonomi negara mampu dilaksanakan dengan sebaiknya. 

"Letakkan tanggungjawab dan akauntabiliti untuk perlaksanaan dan harus menjadikan perkara berkenaan sebagai agenda utama bagi Malaysia," katanya. 

Sementara itu, penganalisis politik dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Profesor Madya Dr Faizal Kasmani berkata, Malaysia boleh mencontohi pendekatan serupa pernah dilaksanakan beberapa negara, menerusi inisiatif seperti pemindahan tunai yang menjamin bantuan sampai kepada golongan benar-benar layak.

Walaupun pernah dilaksanakan kerajaan sebelum ini, menurut beliau, pelaksanaannya lebih tertumpu kepada bantuan membeli barang keperluan melalui pemberian Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), bukan berbentuk agihan subsidi.

"Pengagihan subsidi bersasar dengan pelaksanaan sistem pemindahan tunai, jika direka dengan baik, biasanya boleh terus sampai kepada golongan yang memerlukan berbanding ketika ini, apabila ia turut dinikmati golongan kaya dan industri.

"Namun, inisiatif ini perlu didatangkan dengan kempen komunikasi yang berkesan kepada rakyat bagi menjelaskan keperluan pelaksanaan subsidi secara bersasar untuk jangka panjang," katanya. - Getaran, 21 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

‘Tidak Benar Kerajaan Abai Kaum India’ - PM

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Badan Pemikir Gesa Kerajaan Mansuh Subsidi Gula 

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Tiada Kompromi Untuk Pihak Sengaja Cetuskan Isu 3R - Menteri

4

Ekonomi 5 bulan yang lalu

PADU Tingkatkan Pemahaman Kerajaan Terhadap Kesejahteraan Isi Rumah - Penyelidikan MIDF

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Beri Sumbangan Peribadi Kepada Mangsa Banjir Di Perlis

Luar Negara 21 jam yang lalu

Pasukan MALBATT Selamat, Kenderaan Rosak Diserang Orang Awam Lubnan

Semasa 21 jam yang lalu

Alif Teega Didakwa Salah Guna Wang Lebih RM60,000

Semasa 1 hari yang lalu

Yang di-Pertuan Agong Berangkat Ke China Sempena Lawatan Negara