web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kuarantin Wajib Dari India Dilanjut 21 Hari

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 May 2021 10:36PM

Dr Noor Hisham berkata langkah itu diambil selepas keputusan ujian menunjukkan tujuh daripada 132 penumpang dalam misi berkenaan dikesan positif COVID-19. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tempoh kuarantin wajib bagi pengembara yang tiba dari India dalam misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana, dilanjutkan daripada dua minggu kepada 21 hari.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pelanjutan tempoh kuarantin itu khusus bagi pengembara dalam misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana serta penerbangan repatriasi.

Katanya, langkah itu diambil selepas keputusan ujian yang diperoleh semalam menunjukkan tujuh daripada 132 penumpang dalam misi berkenaan dikesan positif COVID-19.

“Dalam tempoh berkenaan, mereka dikehendaki kuarantin wajib di stesen ditetapkan kerajaan, selain perlu menjalani ujian makmal RT-PCR bagi pengesanan COVID-19 mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

“KKM akan memantau situasi ini dan membuat penilaian risiko untuk segera melihat keperluan memanjangkan tempoh kuarantin,” katanya malam ini.

Bagaimanapun beliau berkata, sekatan sedia ada bagi penumpang bukan warganegara ke Malaysia dari India masih berkuat kuasa seperti biasa.

“Semua rakyat Malaysia dinasihatkan untuk memberi kerjasama dalam mengekang kemasukan varian baharu dari India, iaitu varian B.1.617.

“Varian ini dilaporkan lebih cepat menular dan menyebabkan gejala yang lebih serius termasuk dalam kalangan yang berusia di bawah 50 tahun,” katanya.

Pada 11 Mei lalu, Syarikat Penerbangan Malindo telah berlepas ke India dan selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada hari berikutnya dengan membawa pulang 132 penumpang.

Mereka terdiri daripada 64 lelaki dan 68 perempuan iaitu 117 orang rakyat Malaysia, lapan warga Brunei, empat warga Denmark, dua warga India dan seorang warga Indonesia.

Kesemua mereka membabitkan 92 individu dewasa dan 40 kanak-kanak, dalam misi khusus membawa pulang penumpang dengan keputusan ujian RT-PCR COVID-19 negatif sahaja. - Getaran, 14 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

DAP Ketandusan Pemimpin India

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Tanah Jerlus: Operasi SAR Dihentikan, Kini Masuki Fasa 'Search And Recovery'

3

Semasa 1 bulan yang lalu

PM Tingkat Hubungan Dengan India, Raih Komitmen Pelaburan RM4.5 Bilion

4

Semasa 2 bulan yang lalu

‘Tidak Benar Kerajaan Abai Kaum India’ - PM

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia