web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Lontar Mercun Ke Arah Polis : 4 Lagi Ditahan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 May 2021 5:19PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis menahan empat lagi individu kerana disyaki terlibat melontar mercun ke arah anggota polis di Pangsapuri Sri Perak, Bandar Baru Sentul, di sini, pada Khamis.

Kesemua suspek yang terdiri daripada pelajar sekolah berusia antara 14 hingga 16 tahun itu ditahan dalam serbuan di pangsapuri berkenaan pada 10 malam semalam hingga 3 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata hasil soal siasat ke atas kesemua suspek, mereka mengaku terlibat dalam kejadian itu dengan ada antara mereka menyalakan dan membaling mercun bola ke arah anggota polis.

Beliau berkata mereka mengaku membaling mercun berkenaan kerana tidak berpuas hati dengan tindakan pihak polis yang menghentikan aktiviti bermain mercun di kawasan berkenaan.

“Kesemua suspek berkenaan direman selama tiga hari bermula hari ini hingga 17 Mei ini untuk siasatan lanjut,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul, di sini, hari ini.

Eng Lai berkata pihaknya mengambil tindakan tegas dalam isu berkenaan kerana kejadian sedemikian boleh mendatangkan kecederaan kepada orang ramai atau kebakaran jika tidak ditangani.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak melakukan aktiviti membakar mercun kerana ia adalah perbuatan yang dilarang,” katanya.

Sebelum ini, polis menahan empat individu bagi siasatan kes membakar mercun yang dilarang dan melontarnya ke arah anggota polis dalam kejadian di kawasan Pangsapuri Sri Perak, Bandar Baru Sentul. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 3 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia