web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Isu Palestin: PM Muhyiddin Terima Panggilan Telefon Pemimpin Hamas

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 May 2021 12:34PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haniyeh yang kini berada di Doha, Qatar menghubungi beliau semalam, memaklumkan mengenai situasi semasa di Palestin.

Muhyiddin berkata beliau amat terkesan mendengar perkhabaran daripada pemimpin Hamas itu berhubung keadaan masyarakat Islam di Palestin, khususnya Semenanjung Gaza, yang amat menyedihkan serta menyayat hati.

“Saya menzahirkan ucapan takziah dan dukacita bagi pihak seluruh rakyat Malaysia atas kehilangan nyawa serta kecederaan yang dialami rakyat Palestin akibat serangan ganas rejim Israel,” katanya dalam hantaran menerusi  laman Facebook rasmi beliau hari ini.

Dalam perbualan telefon itu, Muhyiddin berkata Ismail sangat menghargai keprihatinan rakyat Malaysia terhadap penderitaan rakyat Palestin dan berterima kasih atas bantuan berterusan yang diberikan.

Perdana Menteri turut menegaskan pendirian serta usaha telah dan sedang diambil Malaysia dalam memperjuangkan hak rakyat Palestin tatkala menghadapi detik sukar itu.

Beliau turut mengulangi komitmen Malaysia dalam mencari jalan untuk menghulurkan bantuan sewajarnya bagi membantu meringankan kesukaran rakyat Palestin.

Muhyiddin turut berkongsi keprihatinan dan inisiatif dilakukan badan bukan kerajaan di Malaysia serta rakyat Malaysia yang kini giat menganjurkan bantuan kemanusiaan serta bersolidariti dalam menyokong perjuangan rakyat Palestin pada waktu mencabar ini.

Semalam dalam perutusan khasnya mengenai isu Palestin, Muhyiddin menyatakan Malaysia dukacita dan kesal dengan ketidakmampuan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menghentikan serta-merta kekejaman Israel ke atas Palestin yang merupakan satu jenayah perang menyalahi Konvensyen Keempat Geneva 1949.

Dilaporkan pencerobohan dan serangan rejim zionis Israel ke atas rakyat Palestin kali ini bermula dengan serangan di Masjid al-Aqsa sejak 7 Mei lepas diikuti serangan udara di Semenanjung Gaza sejak Isnin lalu, yang mana hingga kini dilaporkan lebih 100 rakyat Palestin terkorban manakala beratus-ratus lagi cedera. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Muhyiddin Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Menghasut

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Isu Penurunan Hantaran: PMO Panggil Meta Hari Ini

3

Politik 2 bulan yang lalu

6 Ahli Parlimen BERSATU Sokong PM: Tiada Kekosongan Kerusi – Muhyiddin

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Maal Hijrah: Lebih 60,000 Umat Islam Dijangka Sertai Malam Ehsan Untuk Insan Esok

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia