web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


3 Anggota Bomba Cedera Terkena Renjatan Elektrik

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 16 May 2021 1:27PM

Kebakaran di Kampung Meruntum dapat dikawal sekitar jam 8 malam tadi.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTATAN - Tiga anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dilaporkan cedera terkena renjatan elektrik ketika melakukan operasi pemadaman api di Kampung Meruntum, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian jam 5 petang itu, kesemua anggota bomba berkenaan segera dibawa keluar rakan setugas sebelum dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth untuk mendapatkan rawatan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah Md Ali Ismail berkata, dua daripadanya dirawat di Hospital Queen Elizabeth I, manakala seorang lagi ditempatkan di Hospital Queen Elizabeth II.

“Mereka adalah antara 25 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu serta Penampang yang ditugaskan memadamkan kebakaran membabitkan lebih 30 buah rumah atas air.

“Ketiga-tiga anggota yang cedera itu dilaporkan stabil dan dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing, semalam,” katanya.

Terdahulu, kebakaran besar itu menyebabkan pembentukan kepulan asap hitam yang dapat dilihat jelas sehingga ke kawasan Inanam, sejauh lebih 20 kilometer dari lokasi kejadian.

Tambah Md Ali, api berjaya dikawal sekitar jam 8 malam tadi.

“Sehingga kini, kami masih menyiasat punca kebakaran dan jumlah kerugian yang ditanggung mangsa ekoran kejadian tersebut,” katanya.

Sementara itu, Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah Putatan menerusi kenyataan media hari ini memaklumkan, sehingga jam 10 pagi tadi, seramai 221 orang daripada 45 keluarga kehilangan tempat tinggal selepas 35 rumah mereka musnah dalam kebakaran tersebut.

“Namun, sehingga jam 10 malam tadi, hanya 62 mangsa mendaftar untuk ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Projek Perumahan Rakyat (PPR) Serigai.

“Satu lagi PPS dibuka di Dewan Keramat, Putatan, sebagai persiapan awal sekiranya ada lagi mangsa yang memerlukan kediaman sementara,” katanya. - Getaran, 16 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Bomba Terima 2,575 Panggilan Kecemasan Kes Pokok Tumbang

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Nenek, Cucu Sesat Di Bukit Buluh Telur Ditemui Selamat

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Siapa Punya Kerja, Tanam Paku Kat Bahu Jalan

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Malaysia Rekod Peningkatan Drastik Kebakaran Terbuka 2 Bulan Pertama 2024 - Nga

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia