web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Frontliners Terima 130,000 Mangkuk Bubur Lambuk Maggi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 May 2021 3:44PM

Geetha Balakrishna

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Jasa petugas barisan hadapan dalam memerangi COVID-19 khususnya semasa Ramadan lalu tidak dilupakan, apabila Maggi menaja 130,000 mangkuk bubur lambuk istimewa buat mereka baru-baru ini.

Penyerahan sumbangan berkenaan membabitkan 135 lokasi di seluruh negara.

Ia diagihkan kepada petugas barisan hadapan yang terdiri Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), jentera kesihatan dan jabatan kerajaan yang telah bertungkus-lumus melawan pandemik COVID-19.

Pegawai Eksekutif Perniagaan Maggi, Nestlé (Malaysia) Berhad, Geetha Balakrishna berkata, keluarga B40 dan penghuni di 52 Program Perumahan Rakyat (PPR), serta rumah anak yatim dan kebajikan turut menerima sumbangan bubur lambuk tersebut.

“Dedikasi dan pengorbanan yang tidak nilai oleh wira barisan hadapan telah memberi sumbangan besar terhadap keperluan masyarakat sepanjang pandemik ini.

“Sumbangan ini adalah cara kami menghargai dan mengucapkan terima kasih, sekali gus membawa kemeriahan kepada mereka yang terus berkhidmat untuk negara pada masa yang mencabar ini,” katanya.

Inisiatif bubur lambuk Maggi tahun ini turut mendapat kerjasama Jasmine Food Corporation, ALIF, BHPetrogas dan Kara Malaysia.

Kesemua syarikat ternama itu masing-masing menyumbangkan 2,500 kilogram beras wangi, 1,250 liter minyak masak, 140 tong gas dan 1,250 liter santan.

“Kami berbesar hati dapat meneruskan tradisi edaran bubur lambuk Maggi yang dibuat setiap Ramadan dan kini sudah berjalan selama beberapa tahun.

“Kami berharap inisiatif ini dapat memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk berkongsi keberkatan Ramadan dengan mereka yang sedang berkhidmat atau memerlukan,” kata Geetha lagi. - Getaran, 16 Mei 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Sumbangan Syarikat Arak Untuk Sekolah: Pertahankan Prinsip Walau Diasak – Saraswati

2

Kisah Kita 3 bulan yang lalu

Hidap Kanser, Khalijah Mungkin Jual Rumah Diduduki Demi Kelangsungan Hidup

3

Selebriti 4 bulan yang lalu

Berdepan Masalah Jantung Kronik, Jay Jay Terima Sumbangan PM

4

Semasa 4 bulan yang lalu

PM Sampai Sumbangan Untuk Pelakon Nur Azifah

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia