web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


COVID-19 Meningkat, PKDP Di Bandar Darulaman Dan Lubuk Kawah, Jitra

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 16 May 2021 8:44PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUBANG PASU - Kerajaan hari ini mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Bandar Darulaman dan Lubuk Kawah di Jitra, dekat sini selama dua minggu berkuat kuasa 18 hingga 31 Mei.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri berkata, pelaksanaan PKPD itu dipersetujui kerajaan setelah mengambil kira penilaian risiko pelbagai agensi dan nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Katanya, sehingga kini KKM telah melakukan 207 ujian saringan di sembilan lokaliti dalam dua lokasi berkenaan dengan 94 daripadanya disahkan positif COVID-19.

“Antara lokaliti tersebut adalah Taman Mahsuri 2A, Taman Mahsuri 2B, Taman Mahsuri 2C, Pusat Perniagaan Bandar Barat dan Kampung Paya Kerchut.

“Empat lagi lokaliti adalah Taman Tunku Anum, Kampung Lubuk Kawah, Taman Desa Tanjung dan Taman Desa Darul Aman di Mukim Naga,” katanya hari ini.

Beliau menambah, KKM juga melaporkan peningkatan kes secara mendadak serta kadar kebolehjangkitan yang tinggi di semua lokaliti berkenaan.

“Pelaksanaan PKPD ini bagi membolehkan KKM melakukan ujian saringan secara bersasar kepada golongan berisiko tinggi yang berpotensi menyebabkan jangkitan,” katanya.

Sementara itu, Jabatan Kesihatan Negeri Kedah menerusi satu kenyataan memaklumkan, terdapat 363 kes baharu di Kedah hari ini berbanding cuma 239 semalam.

“Daripada jumlah itu, 354 merupakan kes tempatan, empat (import) dan lima lagi jangkitan dalam tahanan di Penjara Alor Setar,” katanya. - Getaran, 16 Mei 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

2

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

3

Semasa 1 bulan yang lalu

2 Mayat Wanita Ditemui Dalam Longkang, Mangsa Miliki Pertalian Keluarga

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Mangsa Kedua Keropok Beracun Meninggal Dunia

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi