web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Everest: Operasi SAR Hawari Ditamatkan Awal Sehari

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jun 2023 9:18PM

Operasi SAR Muhammad Hawari memasuki hari ke 19 selepas beliau dilaporkan hilang pada 19 Mei lepas selepas keluar meninggalkan Kem Empat pada ketinggian 8,000 meter dari aras laut - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki Malaysia Everest 2023 (ME2023) iaitu orang kurang upaya (OKU) pendengaran Muhammad Hawari Hashim yang hilang sejak 19 Mei lepas ditamatkan hari ini.

Pengurus pasukan ME2023 Ayu Wanirah Naharudin dalam kenyataan hari ini memaklumkan beliau menerima maklumat daripada ketua misi itu, Azim Afif Ishak bahawa dron yang digunakan bagi operasi SAR berdepan masalah untuk menerima gambar dan video yang dirakam.

“Masalah ini mungkin berpunca daripada faktor cuaca sejuk menyebabkan dron berkenaan sukar untuk berfungsi dengan baik selepas tiga hari berturut-turut digunakan untuk operasi SAR,” katanya.

Ayu Wanirah berkata ketika ini, beliau bersama seorang lagi pendaki ME2023 iaitu Tiong Ling Yang sudah berada di Kathmandu, Nepal untuk meneliti gambar dan video yang dihantar sebelum ini.

“Kami akan terus meneliti gambar dan video yang telah dirakam dan sekiranya mendapat petunjuk baharu, kami akan mendapatkan nasihat pihak berkuasa Nepal dan Kedutaan Malaysia di Nepal,” katanya.

Selain masalah dron, Ayu Wanirah berkata pasukan operasi SAR turut bergelut dengan syarikat pengendali helikopter yang telah dilantik apabila ia memanggil balik juruterbang untuk pulang ke negara asalnya di Jerman.

“Ia sekali gus menyukarkan mereka untuk meneruskan operasi SAR yang berbaki lagi sehari namun terpaksa akur dengan arahan atas faktor keselamatan,” katanya.

Operasi SAR itu menyaksikan dua dron digunakan iaitu jenis DJI Matrice 300 RTK dan DJI Mavic 3 yang diterbangkan khas dari Malaysia. 

Operasi SAR Muhammad Hawari memasuki hari ke 19 selepas beliau dilaporkan hilang pada 19 Mei lepas selepas keluar meninggalkan Kem Empat pada ketinggian 8,000 meter dari aras laut.

Sehari sebelum itu pada 3.30 petang waktu Nepal, Muhammad Hawari dilaporkan berjaya menawan puncak Everest.

ME2023 sebelum ini turut mengadakan operasi SAR darat menggunakan khidmat dan kepakaran malim gunung serta pencarian melalui udara menggunakan helikopter. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

2 Lagi Mangsa Tragedi Kepala Air Dipercayai Masih Di Zon A & B

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Jenazah Mangsa Tragedi Kepala Air Jeram Mawar Tiba Di HSNZ

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Tragedi Kepala Air: Operasi SAR Babitkan Radius 32 KM

4

Berita 1 tahun yang lalu

Masih Gagal Temui Petunjuk, SAR Remaja Hilang Di Gerik Diteruskan Esok - Bomba

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia