web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tugas Wartawan Bukan Sekadar Lapor Berita, Berperanan Cetus Idea Bangun Negara – PM

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jun 2023 7:14AM

Anwar Ibrahim bersama para pemenang Hadiah Kewartawanan Malaysia (HKM) MPI-Petronas 2022

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan, wartawan dan penggiat media memainkan tanggungjawab besar melangkaui tugas melaporkan berita sahih, memandangkan mereka turut berperanan mencetuskan idea bernas bagi membina negara ke arah lebih baik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, justeru golongan itu juga sepatutnya bebas memberikan pandangan dan kritikan membina kepada kepimpinan negara, bagi memastikan tatakelola pentadbiran lebih baik secara berterusan.

“Saya masih tuntas dengan pandangan tugas wartawan bukan sekadar melaporkan, tetapi membimbing idea kepada negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Malam Wartawan Malaysia 2023 sempena Hadiah Kewartawanan Malaysia (HKM) MPI-Petronas 2022 di sini, malam tadi

Yang turut hadir, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, timbalannya Teo Nie Ching.

Selain itu, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Akhbar Malaysia (MPI), Datuk Dr Chamil Wariya dan Naib Presiden Eksekutif Petronas, Liza Mustapha.

Anwar berkata, pengamal perlu menjalankan peranan sebagai pendidik kepada masyarakat dengan menanam minat dan mengajak mereka, supaya lebih berminat membaca serta menimba ilmu.

Menurutnya, peranan ini penting bagi memastikan sikap membaca menjadi budaya dalam masyarakat.

Peranan terbabit juga, katanya, bagi memastikan generasi baharu tidak berada dalam kekangan ‘katak bawah tempurung’ dan usaha berkenaan boleh dilaksanakan dengan memanfaatkan kemudahan media sedia ada.

Bagi tujuan itu, Anwar berkata, beliau sendiri tidak mempunyai sebarang masalah untuk masyarakat memilih media cetak atau digital, asalkan pemberitaan mampu memberi kebenaran.

“Saya tidak ada masalah untuk mereka memilih jalur apa pun, tetapi jangan mencari jalan singkat untuk memperoleh kebenaran,” katanya.

Terdahulu, Anwar ketika berucap pada Majlis Kemuncak Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023 di Ipoh, baru-baru ini berkata, paling utama, perlu wujud satu kesedaran untuk memupuk budaya baharu dalam dunia kewartawanan bagi merasa bebas.

“Saya percaya pengamal media dan kumpulan utama menguasai media harus diberikan sedikit ruang untuk merasakan mereka itu di era baharu.

“Hanya apa kita gusarkan adalah kecenderungan untuk memporak-perandakan dari sudut keselamatan negara,” katanya.

Manakala, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata, Malaysia bukan sahaja memerlukan media yang benar-benar bebas, tapi juga cukup berani melaporkan sebarang berita, tanpa rasa bimbang atau berat sebelah.

“Media seperti itu diperlukan bukan semata-mata untuk mewujudkan semak dan imbang, malah ia bertujuan memastikan bahawa suara semua pihak dapat didengar dengan jelas serta diberi perhatian. – Getaran, 10 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 3 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 3 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia