web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Rendang Tok, Menu Tradisi Utama Masyarakat Perak Zaman Berzaman 

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 May 2021 3:01PM

Noor Huda menunjukkan rendang Tok yang dihasilkan dengan menggunakan jenama Noor Huda's Rendang Tok Perak.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Rendang Tok adalah menu wajib disajikan setiap kali Hari Raya Aidilfitri bagi masyarakat negeri Perak dan sudah pasti tidak lengkap sekiranya menu berkenaan tidak dijamu kepada tetamu yang datang.

Bagi yang tiada masa untuk memasak sendiri, sudah pasti pilihan hanyalah dengan membeli, malah terdapat beberapa pengusaha rendang tok terkenal di negeri ini.

Antaranya rendang tok diusahakan Noor Huda Mat Isa, 48, yang tersohor dengan jenama Noor Huda's Rendang Tok Perak.

Walaupun berdepan pelaksanaan Perintah Kawalan Pegerakan (PKP), Noor Huda masih menerima tempahan bukan sahaja di dalam negeri, tetapi juga dari luar kawasan.

Wanita gigih itu memberitahu, dia perlu menyediakan dua periuk besar rendang setiap hari sepanjang Ramadan dan Syawal, termasuk untuk dijual di Bazar Ramadan.

Katanya, dia juga perlu menghantar tempahan dari beberapa negeri lain yang sudah menjadi pelanggan tetapnya sejak dahulu lagi.

"Rendang tok ini boleh bertahan sehingga seminggu dan lebih lama jika disimpan di dalam peti sejuk.

"Saya mewarisi resepi ini dari arwah ibu dan Alhamdulillah saya dapat meneruskan legasi keluarga, sejak lebih 15 tahun lalu," katanya, tersenyum.

Noor Huda berkata, semua tempahan berkenaan akan disiapkan dan dihantar sebelum raya dengan bantuan suami serta anak-anaknya.

“Setiap 500 gram rendang dijual pada harga RM30 manakala RM60 adalah harga untuk sekilogram.

“Menariknya, rendang yang saya hasilkan ini boleh didapati sepanjang tahun, termasuk untuk tempahan kenduri atau sebarang jamuan,” katanya. – Getaran, 17 Mei 2021

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki