web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sokongan Terhadap Palestin, 2 Menara Ikon Bermandi Cahaya

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 May 2021 3:11PM

Menara Kuala Lumpur dilimpahi cahaya mengikut warna bendera Palestin sebagai tanda sokongan terhadap perjuangan penduduk di sana.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Sokongan Malaysia terhadap perjuangan rakyat Palestin bagi menuntut hak di bumi sendiri terus ditunjukkan menerusi limpahan cahaya mengikut warna bendera negara itu di dua menara ikonik iaitu Menara Kuala Lumpur dan Menara Alor Setar di Kedah. 

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Menara Kuala Lumpur Sdn. Bhd., Ainol Shaharina Sahar, langkah itu diambil sebagai tanda kebersamaan rakyat negara ini terhadap perjuangan penduduk Palestin. 

Katanya, limpahan cahaya berwarna merah, hitam, putih dan hijau itu mula menyinari kedua-dua menara tersebut sejak Jumaat lalu. 

"Insya Allah kami akan memasang lampu itu hingga Ahad depan sebagai tanda kebersamaan dan peringatan terhadap perjuangan murni rakyat Palestin. 

"Ini merupakan usaha kecil kami bagi menyokong perjuangan mereka. Kami percaya, rata-rata rakyat Malaysia turut sama menyokong perjuangan itu dan mendoakan yang terbaik buat mereka," katanya ketika dihubungi Getaran di sini, hari ini. 

Sementara itu tinjauan Getaran di laman Facebook Menara Kuala Lumpur mendapati, hantaran berkaitan perkara itu mendapat perhatian daripada tidak hanya rakyat Malaysia, malah masyarakat antarabangsa.

Rakyat beberapa negara lain antaranya Mesir, Indonesia, Tunisia, Thailand, Yaman dan Palestin sendiri turut berkongsi dan meninggalkan komen di hantaran yang memaparkan gambar Menara Kuala Lumpur tersebut. 

Namun terdapat juga masyarakat antarabangsa termasuk dari Israel yang cuba menegakkan benang basah dengan menyatakan sokongan terhadap tentera Zionis pada hantaran itu. -Getaran, 17 Mei 2021

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi