web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Agong Kurnia Surat Cara Pelantikan Kepada 16 Hakim

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jun 2023 6:28PM

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah berkenan bergambar bersama 16 hakim selepas Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Hakim di Istana Negara hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan menerima menghadap dan mengurniakan surat cara pelantikan kepada 16 hakim di Istana Negara di sini.

Turut berangkat pada istiadat yang berlangsung di Singgahsana Kecil Istana Negara itu ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Istiadat dimulakan dengan pengurniaan surat cara pelantikan kepada Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abu Bakar Jais dan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil.

Ia diikuti Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Azmi Ariffin, Datuk Azhahari Kamal Ramli, Datuk S.M Komathy a/p Suppiah dan Datuk Dr Choo Kah Sing. 

Seri Paduka turut berkenan mengurniakan surat cara kepada 10 Hakim Mahkamah Tinggi iaitu Nurulhuda Nur'aini Mohamad Nor; Norliza Othman, Hasbullah Adam, Datuk Seri Shamsulbahri Ibrahim, Roslan Mat Nor, Julia Ibrahim, Datuk Mohd Arief Emran Arifin, Dr John Lee Ken How@Mohammad Johan Lee, Adlin Abdul Majid dan Datuk Mohamad Abazafree Mohd Abbas. 

Turut hadir menyaksikan istiadat berkenaan ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Rampkarpal Singh, Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat, Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Datuk Amar Abang Iskandar Abang Hashim. 

Istiadat turut disaksikan Hakim Besar Malaya Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah serta Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Datuk Abdul Rahman Sebli. 

Selesai pengurniaan suratcara pelantikan, Seri Paduka berdua kemudiannya berkenan ke Dewan Seri Bendahara untuk menerima menghadap kesemua hakim yang baru dilantik, sebelum bersantap bersama semua tetamu yang hadir. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Muhyiddin Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Menghasut

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Pertabalan Sultan Ibrahim Hampir Lengkapkan Pusingan Kedua Penggiliran Yang Di-Pertuan Agong

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Istiadat Pertabalan Agong Jadi Tumpuan, Detik Bersejarah Setiap 5 Tahun

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Istana Negara Adakan Majlis Doa Selamat Sempena Istiadat Pertabalan Agong Ke-17

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad