web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Perlu Wujud Pembaharuan Selepas Pasca COVID-19 Untuk Pulih Semula Ekonomi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Feb 2021 8:46AM

Salah seorang pekerja DBKL melakukan proses pembersihan sekitar Kuala Lumpur baru-baru ini

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Satu pembaharuan diperlukan pasca COVID-19 untuk mengukuhkan pemulihan semula ekonomi Malaysia, kata Pengarah Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) Prof Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali. 

Ini juga bagi menjamin ekonomi dapat dikukuhkan lagi berbanding sebelum ini.

“Agak sia-sia kalau kita membuat pemulihan tanpa sebarang pembaharuan. Maksudnya kalau kita pulih, berpatah balik seperti sebelum ini bererti kita melepaskan peluang untuk perubahan,” katanya dalam program Bicara Naratif oleh RTM, yang tajuknya malam ini adalah ‘Landskap Ekonomi Baharu: Bersediakah Malaysia’

Beliau berkata aspek digital, pendidikan dan kebergantungan kepada pekerja asing adalah antara isu yang perlu dilihat semula dalam pembaharuan struktur. 

Oleh itu, AEC telah mengenal pasti pelan dan elemen jangka panjang yang perlu diperhatikan.

Selain itu, beliau berkata krisis penjagaan kesihatan juga memberi kesedaran mengenai kepentingan data semasa, sambil menambah bahawa AEC menggunakan data frekuensi tinggi dalam mengenal pasti aktiviti ekonomi. 

"Episod ini memberi satu maklumat pengumpulan data yang amat penting," katanya sambil menambah, sebagai contoh, data mengenai pendaftaran kenderaan dari Jabatan Pengangkutan Jalan telah dikumpulkan untuk mengukur kuasa beli rakyat Malaysia. 

Pelbagai maklumat daripada Lembaga Lebuhraya Malaysia juga dikumpulkan bagi mengukur perbelanjaan rakyat.

"Ini memberi gambaran apakah aktiviti ekonomi berlaku," katanya lagi.

Beliau berkata data itu juga penting untuk mengenal pasti golongan yang memerlukan bantuan. 

Sekarang ini,  terdapat kira-kira 15 juta pekerja di pasaran buruh, tetapi hanya tujuh juta didaftarkan dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial. 

"Hanya beberapa juta pekerja yang mempunyai perlindungan. Dalam sektor tidak rasmi mungkin terdapat empat juta pekerja, jadi bagaimana kita hendak bantu mereka," katanya. - Bernama

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 23 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 23 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka