web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Tun M, Daim, Nor Jangan Membisu, Sila Jawab Dakwaan Aset UMNO Lesap

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jun 2023 4:57PM

Daim Zainuddin - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan dua bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin serta Tan Sri Nor Mohamed Yakcop digesa membuat penjelasan terhadap dakwaan mengenai kehilangan aset UMNO berjumlah RM100 bilion.

Setiausaha Agung Veteran UMNO, Datuk Mustapha Yaakub berkata, penjelasan tersebut perlu dilakukan selepas ketiga-tiga mereka dikatakan sedang bertelagah susulan kehilangan aset tersebut.

Menurut beliau, pertelagahan mereka didedahkan oleh penulis dan blogger politik, Raja Petra Kamaruddin.

“Pelbagai pihak, khususnya ahli akar umbi UMNO berhak untuk mengetahui cerita sebenar berhubung pendedahan penulis berkenaan. 

“Sudah pasti pendedahan Raja Petra itu sesuatu yang serius, perlu penjelasan daripada tiga bekas pemimpin UMNO ini kerana ia berlaku ketika era Dr Mahathir sebagai  Perdana Menteri,” katanya hari ini.

Dr Mahathir Mohamad
Dr Mahathir Mohamad

Jelas Mustapha, ahli UMNO perlu dijelaskan mengenai kedudukan sebenar, memandangkan ia melibatkan sejumlah besar dana.

Katanya, tiga individu berkenaan perlu tampil secara terbuka untuk menjelaskan isu terbabit walaupun ia berpotensi mencetuskan kontroversi.

"Tuduhan yang dilemparkan oleh Raja Petra adalah serius dan pihak berkuasa khususnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan tersebut. 

“Saya kira ada baiknya jika pihak berkuasa turut campur tangan kerana jika benar, ia bukan satu isu biasa,” katanya.

Tambah Mustapha, isu aset UMNO telah menjadi rahsia umum dan perkara itu pernah dibangkitkan ketika Datuk Seri Najib Razak menyandang jawatan Perdana Menteri dan Presiden parti.

"Namun Najib ketika itu baik hati dan tidak mahu membongkarnya atas nama kemanusiaan.

“Semasa Najib menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri, ada (juga) usaha untuk membongkar rahsia di sebalik kehilangan harta UMNO itu, tetapi Najib tidak bersetuju atas dasar perikemanusiaan,” katanya.

Beberapa hari lalu, Raja Petra menerusi satu klip video mendakwa Dr. Mahathir, Daim dan Nor kini sedang bertelagah berhubung kehilangan aset UMNO yang bernilai kira-kira RM100 billion.

Beliau mendakwa, aset itu termasuk wang tunai yang kini didakwa hanya berbaki sekitar RM500 juta.

Jelasnya, isu aset milik UMNO bukanlah rahsia, malah banyak buku telah mendedahkan mengenai aset serta pelaburan UMNO, apatah lagi dengan surat terbuka tokoh korporat terkemuka, Tan Sri Halim Saad kepada Dr Mahathir berhubung aset dan pelaburan UMNO yang diurusnya sebelum ini. - Getaran, 16 Jun 2023.


 

Sorotan

1

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

2

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

3

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

4

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

5

Kemenangan Saravanan Bukti Beliau Diperlukan Semua Ahli - Arvind

Disyorkan untuk anda

Sukan 17 jam yang lalu

Azeem Tidak Terkilan Jika Tidak Dapat Beraksi Di Olimpik Paris 2024

Sukan 2 jam yang lalu

Altimet Tawar Bantu Bayar Denda Selangor FC

Semasa 12 jam yang lalu

Agong Berkenan Persembah Warkah Persilaan Istiadat Pertabalan Kepada Sultan Brunei

Semasa 21 jam yang lalu

Lelaki ‘Kantoi’ Curang Mengaku Tak Bersalah Belasah Isteri