web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Polis Johor Keluar Kompaun Langgar SOP, Jumlah Keseluruhan RM42,000

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 May 2021 2:30PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Sebanyak 20 kompaun membabitkan nilai RM42,000 dikeluarkan Polis Johor bagi kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Aidilfitri, termasuk mengadakan majlis perkahwinan ketika perintah kawalan pergerakan (PKP).

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, 19 kompaun dikeluarkan pada Jumaat manakala satu lagi pada keesokan hari.

"Mengikut pecahan, sebanyak 14 kompaun dikeluarkan di daerah Batu Pahat bagi kesalahan aktiviti ziarah raya, empat kompaun di Kluang dan satu di daerah Johor Bahru Utara (JBU) yang semuanya membabitkan kesalahan sama. 

"Satu lagi kompaun dikeluarkan di Iskandar Puteri membabitkan kesalahan mengadakan majlis perkahwinan ketika PKP," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor yang turut disiarkan secara langsung di Facebook rasmi Polis Johor, hari ini.

Ayob Khan berkata, nilai semua kompaun itu adalah RM42,000, dan sebarang pengurangan jumlah adalah tertakluk kepada budi bicara Kementerian Kesihatan.

Pada masa sama, Ayob Khan menyeru masyarakat supaya terus mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan, berikutan penularan COVID-19 yang semakin serius.

"Siapa ingkar, kita akan ambil tindakan. Nak nasihat, kita dah banyak bagi nasihat dah. Dalam keadaan Covid-19 makin serius ini, saya seru semua masyarakat khususnya di Johor, supaya patuhi SOP," katanya. – Getaran, 18 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 3 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia