web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Pengalaman Luas Layakkan Wan Junaidi Dilantik Yang Dipertua Dewan Negara - Fadillah

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jun 2023 1:39PM

Wan Junaidi Tuanku Jaafar - Gambar dari Jabatan Penerangan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Pengalaman luas ketika menjadi wakil rakyat dan Menteri Kabinet suatu ketika dahulu melayakkan Senator Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara yang ke-19 hari ini, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Pelantikan berkenaan menjadikan bekas Ahli Parlimen Santubong serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) sebagai anak Sarawak kedua memegang jawatan berkenaan, selepas Allahyarham Tan Sri Abang Ahmad Urai Abang Mohideen pada 1988 hingga 1990. 

“Beliau (Wan Junaidi) telah membuktikan beliau layak ketika menjadi Ahli Dewan Rakyat dan menteri, tambahan pula semasa penggal terakhir sebagai Ahli Parlimen, beliau sangat agresif dalam memastikan perkara di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) terlaksana serta hal berkaitan Perlembagaan Persekutuan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Sesi Penerangan dan Dialog Guna Tenaga Agrikomoditi 2023 di sini, hari ini. 

Meskipun posisi Wan Junaidi di Dewan Negara tidak membolehkannya terlibat dalam perundingan MA63, Fadillah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Teknikal MA63 memberi jaminan akan meneruskan usaha menangani isu di bawah perjanjian berkenaan.

Nur Jazlan Mohamed
Nur Jazlan Mohamed

Terdahulu, Wan Junaidi, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Mujahid Yusof dan bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed, masing-masing mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Dewan Negara. 

Wan Junaidi menggantikan Tan Sri Dr Rais Yatim yang menyandang jawatan itu sejak 18 Jun 2020 dan tamat perkhidmatan 16 Jun lepas. 

Pelantikan itu dibuat selepas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan Wan Junaidi, yang juga calon tunggal sebagai cadangan nama ahli untuk dilantik.- Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Tun Dr Wan Junaidi Angkat Sumpah Sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak Kelapan

2

Semasa 7 bulan yang lalu

TPM Fadillah Ucap Tahniah Pelantikan Wan Junaidi Sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Wan Junaidi Dilantik Yang Dipertua Negeri Sarawak Baharu

4

Semasa 11 bulan yang lalu

Dewan Negara Lulus Usul Kajian Separuh Penggal RMK12

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Tahan 5 Individu, Rampas 2 Kenderaan Ada Lambang GISBH Di Bukit Kayu Hitam

Semasa 17 jam yang lalu

PM Beri Sumbangan Peribadi Kepada Mangsa Banjir Di Perlis

Semasa 1 jam yang lalu

Alif Teega Didakwa Salah Guna Wang Lebih RM60,000

Semasa 17 jam yang lalu

Amang Seksual: 3 Pembantu Pelajar Madrasah Mengaku Tidak Bersalah