web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Dewan Negara Lulus Usul Kajian Separuh Penggal RMK12

Semasa Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 26 Sep 2023 9:07PM

Kajian Separuh Penggal Rancangann Malaysia Ke-12 diluluskan oleh Dewan Negara hari ini. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Khas Dewan Negara hari ini meluluskan usul Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) dengan lebih suara bersetuju. 

Seramai 44 Ahli Dewan Negara mengambil bahagian dalam perbahasan yang berlangsung pada 20 dan 21 September, diikuti sesi penggulungan oleh 26 kementerian. 

Usul KSP RMK12 dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 11 September di Dewan Rakyat, bermatlamatkan ‘Malaysia MADANI: Mampan, Sejahtera dan Berpendapatan Tinggi’.

KSP RMK12 dengan 17 anjakan besar sebagai pemangkin utama melalui 71 strategi dan inisiatif utama, adalah jaminan teguh kerajaan dalam memenuhi tuntutan reformasi yang diharapkan rakyat, sekali gus memaknai semangat Malaysia MADANI. 

Ia juga menjadi dokumen dasar bagi memacu dan melonjak pembangunan negara dengan mengangkat darjat serta memperkasa rakyat.

Pada 19 Sept, usul KSP RMK12 diluluskan pada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat dengan suara majoriti.  

Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang mempengerusikan sidang berkata, mesyuarat Dewan Negara ditangguhkan ke satu tarikh yang tidak ditetapkan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 11 bulan yang lalu

Kalimah 'Wallahi Wabillahi Watallahi' Tidak Pernah Diguna Dalam Peruntukan Angkat Sumpah

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Institut Kesihatan Mental Bakal Ditubuhkan - PM

3

Semasa 1 tahun yang lalu

RMK12: Kerajaan Struktur Semula Subsidi Bersasar Elektrik, Diesel, Petrol

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Kajian Separuh Penggal RMKa-12 Dibentang Hari Ini

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Bomba Terima 2,575 Panggilan Kecemasan Kes Pokok Tumbang

Semasa 1 hari yang lalu

Pasukan Perubatan Peribadi Agong Rawat 2 Mangsa Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Abang Dakwa Hospital Daerah Cuai, Adik Hilang Anak Kedua 2 Hari Selepas Lahir

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Amang Seksual: 3 Pembantu Pelajar Madrasah Mengaku Tidak Bersalah