web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Kajian Separuh Penggal RMKa-12 Dibentang Hari Ini

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Sep 2023 8:19AM

Pembentangan KSP RMK-12 akan dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada jam 10 pagi hari ini

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bakal dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat hari ini. 

Menurut takwim menerusi laman rasmi Parlimen, pembentangan KSP RMK12 yang dijadual bermula 10 pagi akan diteruskan dengan sesi perbahasan oleh Ahli Parlimen selama tiga hari bermula esok (Selasa), diikuti jawapan oleh kementerian berkaitan pada 18 dan 19 Sept. 

Pembentangan KSP RMK12 yang turut disiarkan secara langsung menerusi YouTube Parlimen Malaysia dan beberapa saluran televisyen, dijangka dibentangkan di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul. 

Ini merupakan pembentangan KSP Rancangan Malaysia kali pertama Kerajaan Perpaduan sejak membentuk kerajaan dan mengambil alih tampuk pemerintahan negara selepas Pilihan Raya Umum ke-15 pada 19 Nov tahun lepas.

RMK12, dengan peruntukan RM400 bilion yang dibentangkan pada 27 Sept 2021, merupakan fasa pelengkap rancangan pembangunan lima tahun negara (2021-2025) ke arah mencapai status negara maju dan inklusif.

Penyediaan KSP RMK12 adalah untuk mengukur pencapaian sasaran bagi tempoh dua tahun pertama (2021-2022) serta hala tuju 2023-2025, merangkumi kajian semula sasaran, strategi, inisiatif, program dan projek pembangunan bagi matlamat pembangunan serta pertumbuhan ekonomi yang inklusif dan mampan.

KSP RMK12 memberi tumpuan kepada dua aspek iaitu penilaian dan semakan semula meliputi pencapaian, analisis jurang, cadangan penambahbaikan dan hala tuju.

Pada 7 Sept, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli dilaporkan berkata KSP RMK12 perlu dinilai 100 peratus kerana tanggapan ataupun perancangan yang dibuat sebelum COVID-19 sudah tidak boleh lagi dipakai dan kajian separuh penggal kali ini boleh disifatkan sebagai rancangan baharu untuk negara.

Pada 19 Jun lepas, Mesyuarat Khas Perdana Menteri bersama Ahli Jemaah Menteri dan Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian mengenai KSP RMK12 bersetuju supaya semua pihak bergerak sebagai satu pasukan ke arah mempercepat pelaksanaan reformasi dan inisiatif ekonomi yang dirancang. - BERNAMA 

Berita Berkaitan

1

Semasa 11 bulan yang lalu

Dewan Negara Lulus Usul Kajian Separuh Penggal RMK12

2

Semasa 1 tahun yang lalu

'Bangun La Wan Fayhsal, Tido Je Kau' - Netizen

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Penyampaian Perkhidmatan Awam Sentiasa Ditingkatkan, Sokong Inisiatif Capai Aspirasi MADANI

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Perkasa Keselamatan, Kedaulatan Negara, Tangani Segera Ketirisan Perolehan Aset - PM

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Abang Dakwa Hospital Daerah Cuai, Adik Hilang Anak Kedua 2 Hari Selepas Lahir

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Bomba Terima 2,575 Panggilan Kecemasan Kes Pokok Tumbang

Semasa 1 hari yang lalu

GISBH Didakwa Ceroboh Padang Awam, Pihak Berkuasa Diminta Siasat 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Op Global: 3 Suspek Liwat Dituduh Hari Ini - KPN