web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Penyampaian Perkhidmatan Awam Sentiasa Ditingkatkan, Sokong Inisiatif Capai Aspirasi MADANI

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 11 Sep 2023 7:59PM

Mohd Zuki Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Anggota perkhidmatan awam akan sentiasa meningkatkan penyampaian perkhidmatan dalam menyokong setiap inisiatif, untuk diterjemah kepada penghasilan yang diharapkan bagi mencapai aspirasi Malaysia MADANI. 

Memberi jaminan itu, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata, Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) adalah manifestasi Kerajaan Perpaduan dalam memacu pembangunan yang holistik berteraskan kepada tiga fokus utama. 

Menurut beliau, ia mencakupi usaha memperkukuh kemampanan, membangun masyarakat sejahtera dan mencapai negara berpendapatan tinggi. 

“Dengan 17 anjakan besar yang diumumkan, pastilah penggerak utama pelaksanaan dasar ini adalah perkhidmatan awam. 

“Saya yakin dengan kepimpinan Kerajaan Perpaduan, visi dan misi yang jelas ini dapat menjadi pemangkin kepada kebolehcapaian objektif-objektif disasarkan,” katanya. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyentuh mengenai perkhidmatan awam sewaktu membentangkan KSP RMK-12 berkata, jentera kerajaan yang bertanggungjawab dalam perkhidmatan awam, harus berfungsi secara optimal.

Katanya, segala visi dan hala tuju yang telah digariskan untuk menjaga kepentingan rakyat tidak akan dapat diterjemah kepada hasil, sekiranya perkhidmatan awam masih di takuk lama.  

Segala visi dan hala tuju untuk menjaga kepentingan rakyat tidak akan berhasil sekiranya perkhidmatan awam masih di takuk lama - gambar fail
Segala visi dan hala tuju untuk menjaga kepentingan rakyat tidak akan berhasil sekiranya perkhidmatan awam masih di takuk lama - gambar fail

“Iltizam kerajaan untuk melaksanakan islah dalam perkhidmatan awam dapat dirumuskan kepada empat perkara pokok.  

“Pertama, memperkenalkan dua anjakan utama, yakni Tatakelola dan Rangka Kerja Institusi, dan Perundangan Berkaitan Rasuah,” katanya. 

Perdana Menteri memberitahu, kerajaan komited untuk memulihkan imej Malaysia pada peringkat antarabangsa serta mengangkat darjatnya menjadi negara yang bermaruah dan anti rasuah.  

“Untuk itu, Akta Tatakelola Sektor Awam dan Pelan Integriti akan diperkenalkan sebagai panduan tatakelola bebas rasuah kepada semua entiti, baik dalam sektor awam atau swasta.  

“Kerajaan juga telah menyasarkan kedudukan ke-25 teratas buat Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah sedunia dalam tempoh 10 tahun,” katanya. - Getaran, 11 September 2023 

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

54 Peratus Pegawai Perubatan Tinggalkan Sektor Awam Pada 2022

2

Semasa 11 bulan yang lalu

Inisiatif Ombudsman Malaysia Perkasa Perkhidmatan Awam - KSN

3

Semasa 1 tahun yang lalu

'Bangun La Wan Fayhsal, Tido Je Kau' - Netizen

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Perkasa Keselamatan, Kedaulatan Negara, Tangani Segera Ketirisan Perolehan Aset - PM

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Yang di-Pertuan Agong Berangkat Ke China Sempena Lawatan Negara

Semasa 14 jam yang lalu

Bomba Terima 2,575 Panggilan Kecemasan Kes Pokok Tumbang

Semasa 6 jam yang lalu

Amang Seksual: 3 Pembantu Pelajar Madrasah Mengaku Tidak Bersalah

Semasa 1 hari yang lalu

Pasukan Perubatan Peribadi Agong Rawat 2 Mangsa Kemalangan