web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Inisiatif Ombudsman Malaysia Perkasa Perkhidmatan Awam - KSN

Semasa Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 10 Oct 2023 3:27PM

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Inisiatif penubuhan Ombudsman Malaysia, yang menjadi platform untuk orang awam menyalurkan aduan terhadap sistem penyampaian perkhidmatan, adalah satu milestone penting bagi negara dalam usaha menambah baik tadbir urus dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata, Ombudsman adalah badan bebas yang mengamalkan kesaksamaan dalam menyelesaikan kes aduan salah tadbiran.

Beliau berkata, Biro Pengaduan Awam (BPA) dengan kerjasama Jabatan Perdana Menteri, sudah memulakan inisiatif penubuhan Ombudsman Malaysia itu dan Draf Rang Undang-Undang Ombudsman Malaysia sudah disediakan, dan kini dalam tindakan penambahbaikan sebelum dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara, seterusnya dibentangkan di Parlimen.

“Saya berharap agar Ombudsman Malaysia yang bakal ditubuhkan nanti, akan menjadi penyambung legasi Biro Pengaduan Awam dan menjadi pelengkap kepada kerajaan, dalam menegakkan ketelusan dan akauntabiliti,” katanya pada Majlis Anugerah Biro Pengaduan Awam di sini, hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi), Datuk Dr Anesee Ibrahim.

Pada 14 Jun lalu, Ketua Pengarah BPA S Letchumanan berkata, penubuhan Ombudsman Malaysia bertujuan untuk menggantikan dan menambah baik fungsi Biro BPA, dalam menyelesaikan aduan awam dan menggalakkan tadbir urus yang baik dalam perkhidmatan awam.

Letchumanan berkata, penubuhan Ombudsman Malaysia juga untuk memastikan badan itu mempunyai kuasa yang jelas untuk menyiasat sesuatu aduan diterima.

Dalam pada itu, Mohd Zuki berkata, sekiranya pengurusan aduan awam dijadikan sebagai teras strategik di kementerian dan agensi, perkhidmatan awam negara akan menjadi lebih baik dengan jumlah aduan yang diterima dapat dikurangkan.

“Jumlah aduan ini adalah kayu pengukur terhadap keberkesanan perkhidmatan yang disediakan. Dalam pengurusan aduan awam yang efektif, pendekatan yang terbaik dan perlu adalah dengan menganggap aduan itu sebagai suatu hadiah.

“Agensi perlu melihat ia sebagai satu peluang untuk menambahbaik perkhidmatan kita dan bukan satu masalah yang menyusahkan,” katanya.

Mohd Zuki berkata, aduan yang substantif, yang mempunyai merit dan asbab yang munasabah perlu dimanfaatkan, untuk menambah baik sebarang kelemahan dalam prosedur, piagam pelanggan, pengurusan organisasi dan sistem penyampaian perkhidmatan agensi.

Beliau turut meminta pengurus aduan untuk menerapkan elemen lebih fleksibel, dalam mencari jalan penyelesaian.

“Pendekatan mesra pengadu boleh mengurangkan tekanan, tidak rigid dan perlu dalam pelbagai arah, memandangkan sebahagian penyelesaian juga memerlukan input dari pelbagai agensi,” katanya.

Mengenai program naziran iaitu Raqib MADANI, Mohd Zuki meminta program yang sudah dilaksanakan di semua kementerian tahun ini, turut diperluaskan ke pentadbiran kerajaan negeri.

Raqib MADANI dilaksanakan untuk memastikan pematuhan kepada pekeliling atau peraturan-peraturan pengurusan aduan awam, yang sedang berkuat kuasa.

Pada majlis itu, sembilan daripada 26 kementerian yang dinilai melalui program Raqib MADANI, menerima anugerah kerana memperoleh pencapaian cemerlang. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

54 Peratus Pegawai Perubatan Tinggalkan Sektor Awam Pada 2022

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Penjawat Awam Dinilai Melalui Sistem DEEP Bermula Tahun Ini - KSN

3

Semasa 9 bulan yang lalu

Sesi Town Hall Perjelas isu Dalam LKAN Dihidup Semula - KSN

4

Semasa 9 bulan yang lalu

PM Beri Kepercayaan Tinggi Kepada Perkhidmatan Awam

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Melaka Dalam Proses Wartakan 5 Lagi Ajaran Sebagai Sesat

Semasa 1 hari yang lalu

SPRM Jumpa Wang Tunai Hampir RM800,000 Dalam Bilik Tidur Pegawai Imigresen

Semasa 18 jam yang lalu

Yang di-Pertuan Agong Berangkat Ke China Sempena Lawatan Negara

Semasa 1 hari yang lalu

Warga Emas Maut Dihempap Pokok