web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


'Bangun La Wan Fayhsal, Tido Je Kau' - Netizen

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Sep 2023 8:48PM

Kelibat Wan Fayhsal yang tidur ketika pembentangan KSP RMK-12 kini tular di media sosial - gambar X

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Ketika Ahli Parlimen lain khusyuk mendengar pembentangan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat hari ini, lain pula halnya dengan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal. 

Ahli Parlimen Machang itu sebaliknya dilihat lebih ‘khusyuk’ melelapkan mata, malah foto bagi mengesahkan kejadian itu kini tular di media sosial. 

Ia dimuat naik di X oleh seorang pempengaruh yang menggunakan akaun @BumiLangit, sebelum diulang ciap oleh Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli. 

Enggan membiarkan ‘peluang keemasan’ itu berlalu, Rafizi melemparkan ‘sindiran halus’ kepada Wan Fayhsal, atau turut dikenali sebagai ‘Mat Jargon’ oleh kalangan individu yang ‘meluat’ dengannya. 

“Yang tungkus lumus siapkan dokumen perancangan ekonomi ke parlimen sampai tak tido (tidur) malam = penjawat awam. 

“Yang terpaling penat sampai tertido (tertidur) masa pembentangan KSP = mamat yang nak demo nak selamatkan negara 16/9 nanti,” katanya sinis. 

Terdahulu menerusi bebenang pada akaun @BumiLangit, tindakan Timbalan Ketua Pemuda II Perikatan Nasional (PN) menjadi satu jenaka dalam kalangan netizen, yang menyifatkan beliau tidak layak bergelar Ahli Parlimen. 

“Tolong bangun @wanfayhsal. Sesuai la usul kena tolak pun. Tido je kau,” kata PuraPuraMike di akaun @MikeDevo. 

Chris Judge yang menggunakan akaun @afis_farisxxvii pula dengan sinis membalas, Ketua Armada BERSATU itu tidur kerana terlalu letih. 

“Bagus la usul kena tolak. Boleh lelap sekejap. Letih kot. Referendum!” katanya. 

SkyLotus di akaun @sakiom1012 pula berkata, perbuatan Wan Fayhsal tersebut disifatkan sebagai tidak beradab. 

“Pada pandangan saya agak tidak beradab. Dia berada di dalam waktu bekerja dan terang lagi nyata, dia tidak bekerja dengan baik,” katanya. 

Sehingga jam 9 malam ini, ciapan BumiLangit itu sudah dilihat lebih 1.2 juta pengguna dan diulang ciap oleh 2,613 akaun.  

Ciapan berkenaan juga menerima 4,231 tanda suka dan ditanda oleh 72 akaun. - Getaran, 11 September 2023 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Penyampaian Perkhidmatan Awam Sentiasa Ditingkatkan, Sokong Inisiatif Capai Aspirasi MADANI

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Perkasa Keselamatan, Kedaulatan Negara, Tangani Segera Ketirisan Perolehan Aset - PM

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Kajian Separuh Penggal RMKa-12 Dibentang Hari Ini

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Kerajaan Persiap Semula RMK-12 Demi Nilai Keperluan Semasa, Isu Air

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Warga Emas Maut Dihempap Pokok

Semasa 1 hari yang lalu

Pasukan Perubatan Peribadi Agong Rawat 2 Mangsa Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

GISBH Didakwa Ceroboh Padang Awam, Pihak Berkuasa Diminta Siasat 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Bomba Terima 2,575 Panggilan Kecemasan Kes Pokok Tumbang