web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Perkasa Keselamatan, Kedaulatan Negara, Tangani Segera Ketirisan Perolehan Aset - PM

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Sep 2023 1:37PM

Perdana Menteri ketika membentangkan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan terus mempertahan keselamatan dan kedaulatan negara demi menjamin keamanan serta kesejahteraan rakyat. 

Serentak dengan itu. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tumpuan akan diberikan kepada tiga perkara pokok bagi memperkasa kubu negara. 

Menurut beliau, ia mencakupi anjakan utama pengukuhan keselamatan dan pertahanan negara yang mensyaratkan agar ketirisan dalam tata cara perolehan aset segera ditangani. 

“Ini bagi menjamin kesiapsiagaan pertahanan negara dan kerajaan juga akan meneruskan usaha pencegahan jenayah serta rehabilitasi bagi meningkatkan kedudukan Malaysia dalam Indeks Keamanan Global,” katanya. 

Perdana Menteri menyatakan demikian ketika membentangkan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) di Dewan Rakyat di sini hari ini. 

Sidang dewan diberitahu, kerajaan juga melipatgandakan usaha untuk terus memperkasa dan memodenkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang bertugas sebagai benteng keselamatan negara. 

Kerajaan akan terus melipatgandakan usaha memperkasa dan memodenkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) - gambar fail
Kerajaan akan terus melipatgandakan usaha memperkasa dan memodenkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) - gambar fail

Atas faktor ini jelas Perdana Menteri, kerajaan bersetuju untuk terus memperkukuh kesiapsiagaan pertahanan melalui perolehan aset tambahan seperti kenderaan perisai, dron, kapal peronda misi pesisir (LMS), helikopter dan pesawat tempur ringan.  

“Seluruh sistem perolehan telah dirombak untuk menetapkan supaya bekalan senjata yang diperlukan, ditentukan oleh kepakaran berkaitan tentera, mengelak daripada ketirisan, dan dalam kebanyakan urusan akan menerusi pendekatan G2G dengan negara masing-masing,” katanya. 

Anwar berkata, kawalan keselamatan di sempadan juga dioptimumkan melalui beberapa projek mencakupi naik taraf pusat kawalan operasi dan pembinaan baharu pangkalan operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM). 

“Turut dilaksanakan ialah naik taraf Sistem Pengawasan Maritim Laut dan menara radar penderiaan jauh, naik taraf dan pembinaan baharu Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan di pintu masuk terpilih. 

“Pembinaan baharu pos keselamatan ATM di sepanjang sempadan Sabah dan Sarawak dengan Indonesia serta pembangunan pangkalan tentera laut di Bintulu, Sarawak,” katanya. 

Dalam perkembangan berkaitan, Perdana Menteri menegaskan, kerajaan akan meneruskan usaha memerangi jenayah siber yang semakin berleluasa. 

Tegasnya, hampir 55,000 kes jenayah siber dengan nilai kerugian mencecah RM1.8 bilion dilaporkan sepanjang 2021 hingga Julai tahun ini. 

“Justeru, Kerajaan akan meminda undang-undang sedia ada bagi meningkatkan keberkesanan memerangi kegiatan jenayah siber,” katanya. - Getaran, 11 September 2023 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Belanjawan Pertahanan Beri Impak Penganjuran DSA, NATSEC Asia Untuk Kekal Relevan

3

Semasa 1 tahun yang lalu

'Bangun La Wan Fayhsal, Tido Je Kau' - Netizen

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Penyampaian Perkhidmatan Awam Sentiasa Ditingkatkan, Sokong Inisiatif Capai Aspirasi MADANI

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

GISBH Didakwa Ceroboh Padang Awam, Pihak Berkuasa Diminta Siasat 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Bomba Terima 2,575 Panggilan Kecemasan Kes Pokok Tumbang

Semasa 1 hari yang lalu

Warga Emas Maut Dihempap Pokok

Semasa 22 jam yang lalu

SPRM Jumpa Wang Tunai Hampir RM800,000 Dalam Bilik Tidur Pegawai Imigresen