web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Belanjawan Pertahanan Beri Impak Penganjuran DSA, NATSEC Asia Untuk Kekal Relevan

Semasa Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 18 Apr 2024 12:28PM

Pengarah Eksekutif DSA 2024, Nadzeem Abdul Rahman. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pameran pertahanan di negara-negara serantau seperti di Indonesia, Thailand, Singapura, Vietnam dan Filipina semakin mendapat perhatian dunia berikutan peruntukan belanjawan pertahanan di negara terbabit yang semakin meningkat setiap tahun.

Kebangkitan pameran pertahanan di rantau Asia ternyata menimbulkan cabaran buat Malaysia dalam usaha menjadikan Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia kekal relevan.

Pengarah Eksekutif DSA 2024, Nadzeem Abdul Rahman berkata, pada suatu masa dahulu belanjawan negara ini terhadap aspek pertahanan agak tinggi, namun pada masa ini peningkatannya tidaklah seperti yang diharapkan banyak pihak.

"Saya lihat negara di rantau ini yang paling banyak berbelanja terhadap sistem pertahanan adalah Singapura, diikuti Indonesia, Thailand dan Vietnam tetapi yang menariknya negara kelima iaitu Filipina.

"Belanjawan pertahanan Filipina sudah melebihi negara kita. Jadi, sudah tentu ia memberi impak kepada penganjuran pameran seperti DSA ini kalau kita tidak mengambil pendekatan yang membuatkan para pempamer hadir dan melihat ia mempunyai nilai untuk mereka menjadi sebahagian daripada pempamer," katanya dalam temu ramah eksklusif dengan BERNAMA baru-baru ini.

Pameran DSA dan NATSEC Asia 2024 edisi ke-18, dijadual berlangsung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) dari 6 hingga 9 Mei depan.

Menurut Nadzeem pihak pempamer sudah tentu akan cenderung untuk menyertai pameran pertahanan di negara yang berbelanja lebih terhadap aspek pertahanan.

"Contohnya jika pembekal mendapat kontrak dengan Indonesia, sudah tentu mereka akan sertai pameran yang diadakan di Indonesia dan kalau sudah pergi ke negara itu, susah untuk pembekal terbabit hadir dan sertai DSA yang dianjurkan negara kita," katanya.

Beliau berkata, peningkatan kos menjadi satu lagi halangan yang dihadapi pihaknya, selain terdapat pelbagai pameran sama diadakan di seluruh dunia menjadikan pempamer harus membuat pilihan bijak mengenai penyertaan mereka dalam pameran.

"Kos penganjuran pameran ini juga telah meningkat dengan ketara. Harga bagi logistik, perkhidmatan dan urusan bekalan telah meningkat dua kali ganda, sekali gus menimbulkan tekanan tambahan terhadap sumber kewangan penganjuran," katanya.

Di sebalik cabaran berkenaan, Nadzeem yakin bahawa penganjuran DSA dan NATSEC Asia 2024 akan mencapai kejayaan sepertimana DSA lalu yang menunjukkan peningkatan pada setiap edisi hingga hampir tiga kali ganda saiznya untuk menjadi satu daripada acara utama dalam kalender industri pertahanan dan keselamatan global.

Setakat ini, 30 negara mengesahkan penyertaan dalam pameran dwitahunan itu termasuk Amerika Syarikat, China, Australia, Brazil, Jerman, India, Perancis, Itali, Korea Selatan, Turkiye, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan United Kingdom.

Secara keseluruhan Pameran DSA dan NATSEC Asia 2024 akan mencatat penyertaan lebih 1,200 syarikat dari 45 negara dengan memberi fokus kepada pembangunan industri tempatan dan kerjasama antarabangsa. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Perkasa Keselamatan, Kedaulatan Negara, Tangani Segera Ketirisan Perolehan Aset - PM

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Pencerobohan Pesawat Tempur China, Apa Penjelasan Kerajaan?

4

Semasa 2 tahun yang lalu

LCS: Kerajaan Wajar Pertimbang Teruskan Kontrak BNS Dengan Bersyarat - JKSTUPKK

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Op Global: 3 Suspek Liwat Dituduh Hari Ini - KPN

Semasa 4 jam yang lalu

Yang di-Pertuan Agong Berangkat Ke China Sempena Lawatan Negara

Semasa 1 hari yang lalu

Warga Emas Maut Dihempap Pokok

Semasa 1 hari yang lalu

Melaka Dalam Proses Wartakan 5 Lagi Ajaran Sebagai Sesat