web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Pencerobohan Pesawat Tempur China, Apa Penjelasan Kerajaan?

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jan 2023 7:03AM

Pesawat tempur milik Tentera Laut China, J-11 telah dikesan memintas pesawat Amerika Syarikat (AS) di ruang udara di Laut China Selatan, baru-baru ini - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kerajaan perlu bertindak segera dengan menempatkan aset pertahanan terbaik di Sabah dan Sarawak, bagi memastikan aspek keselamatan berada pada tanap optimum.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan, Ruslan Muharram berkata, kedua-dua negeri Borneo itu adalah benteng hadapan negara jika berlaku sebarang konflik.

Menurut beliau, koordinat geografi kedua-dua negeri di lokasi strategik iaitu berhampiran Laut China Selatan dan bersempadan pula dengan negara luar adalah faktor pengukuh kepada tindakan terbabit.

“Pencerobohan oleh tentera China di perairan Laut China Selatan semakin kerap berlaku kebelakangan ini, dan ia perkembangan yang amat merunsingkan.

“Kita mahu tahu, apa pendirian dan tindakan kerajaan? Apa (bahawa) jaminan keselamatan kedua-dua negeri sentiasa diberi perhatian,” katanya kepada Getaran, di sini.

Ruslan menyatakan demikian sebagai mengulas pencerobohan pesawat tempur milik Tentera Laut China, J-11 yang dikesan memintas pesawat Amerika Syarikat (AS) di ruang udara di Laut China Selatan, baru-baru ini.

Jelas Naib Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) itu, imej pintasan tersebut dirakam pada 21 Disember lalu, namun tiada sebarang kenyataan dibuat oleh Wisma Putra atau Kementerian Pertahanan berhubung insiden berkenaan.

“Sudah lebih 72 jam berlalu sejak laporan mengenai insiden berkenaan dikeluarkan oleh REUTERS, tapi kerajaan khususnya Wisma Putra dan Kementerian Pertahanan masih membisu,” katanya.

Tegas beliau, pihak berwajib sewajarnya memberi penerangan jelas, berhubung tahap ancaman yang mungkin timbul susulan insiden terbabit.

“Kita mahu tahulah, setakat mana insiden ini mampu menggugat kedaulatan atau keselamatan Sabah dan Sarawak.

“Apa pula tindakan susulan Wisma Putra dan Kementerian Pertahanan? Isu seperti ini perlu diberi perhatian serius dan kita harap kerajaan baharu bersikap lebih telus serta agresif,” tegasnya. - Getaran, 5 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

3

Sukan 1 minggu yang lalu

Sukan SEA: Sabah Akan Bincang Dengan KBS

4

Sukan 2 bulan yang lalu

Liga Super: JDT Teruskan Momentum Kemenangan, Tewaskan Sabah 3-1

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Melaka Dalam Proses Wartakan 5 Lagi Ajaran Sebagai Sesat

Semasa 14 jam yang lalu

Bomba Terima 2,575 Panggilan Kecemasan Kes Pokok Tumbang

Semasa 19 jam yang lalu

Polis Tahan 5 Individu, Rampas 2 Kenderaan Ada Lambang GISBH Di Bukit Kayu Hitam

Semasa 1 hari yang lalu

SPRM Jumpa Wang Tunai Hampir RM800,000 Dalam Bilik Tidur Pegawai Imigresen