web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


LCS: Kerajaan Wajar Pertimbang Teruskan Kontrak BNS Dengan Bersyarat - JKSTUPKK

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Aug 2022 7:09AM

JKSTUPKK mengesyorkan kerajaan pertimbang meneruskan kontrak Syarikat Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) untuk membekal kapal tempur pesisir (LCS) dengan bersyarat. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) mengesyorkan agar kerajaan mempertimbang untuk meneruskan kontrak Syarikat Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) untuk membekal kapal tempur pesisir (LCS) wajar dengan bersyarat.

Jawatankuasa itu berkata ini termasuk memuktamadkan segera perubahan peralatan iaitu Sistem Pengurusan Platform Bersepadu (IPMS), Sistem Pelancaran Umpan (DLS) dan permohonan pelanjutan tempoh kontrak oleh BNS dan Pasukan Projek LCS Tentera Laut Diraja Malaysia. 

“Kelewatan memuktamadkan peralatan dan pelanjutan tempoh kontrak akan memberi impak kos dan masa kepada proses menyiapkan pembinaan LCS,” menurut jawatankuasa itu dalam laporan siasatan yang dinyahklasifikasikan semalam.

Selain itu, BNS perlu segera menyiap serta memuktamadkan reka bentuk terperinci dan Kementerian Pertahanan dalam soal ini perlu memberi tempoh secara bertulis kepada syarikat tersebut selain melaksanakan kawalan ketat ke atas bayaran kemajuan kepada BNS.

“Ini bagi mengelakkan bayaran dibuat kepada pihak lain yang tidak berkaitan dengan projek pembinaan LCS. Ganti rugi jumlah tertentu (LD) juga perlu dikuatkuasakan ke atas syarikat BNS seperti diperuntuk oleh kontrak bagi penyerahan setiap kapal (PHO).

“Kerajaan hendaklah tidak mempertimbang sebarang pengecualian LD terhadap Syarikat BNS. Pengalaman kerugian kerajaan dalam pembinaan enam buah PV (kapal peronda) sebelum ini dengan syarikat sama hendaklah dijadikan pengajaran,” menurut JKSTUPKK.

Sekiranya kerajaan ingin melantik kontraktor baharu, jawatankuasa itu berpendapat mungkin timbul isu lain termasuk fasiliti limbungan kapal yang diguna pakai adalah dimiliki BNS.

Selain itu, rundingan baharu dijangka mengambil masa dan mungkin berlaku peningkatan kos malah pelantikan kontraktor baharu tidak dapat memberi jaminan bahawa ia akan menguntungkan Kerajaan.

JKSTUPKK juga berpendapat pencapaian fizikal keenam-enam LCS masih berbaki antara 63.25 hingga 100 peratus dan dijangkakan baki peruntukan kewangan sebanyak RM3.19 bilion daripada keseluruhan RM9.13 bilion tidak dapat menampung untuk menyiapkan projek itu sepenuhnya.

Bagaimanapun, jawatankuasa itu mencadangkan Kementerian Pertahanan agar segera membentangkan kesemua penemuan siasatan, implikasi kewangan kerajaan dan hala tuju projek kepada Jemaah Menteri bagi membolehkan keputusan terbaik mengenai pembinaan keenam-enam LCS dibuat.

Menurut laporan itu, perolehan LCS ini bertujuan memastikan armada negara dipertingkat secara seimbang dan berkemampuan tinggi untuk mengawasi kawasan perairan Malaysia.

Perolehannya dilaksanakan secara Rundingan Terus dengan BNS dengan had bumbung asal berjumlah RM9 bilion dan dipinda kepada RM9.13 bilion manakala tempoh pelaksanaan adalah selama 10 tahun mulai 3 Okt 2013 hingga 2 Okt 2023.

Bagaimanapun, sehingga 31 Mei 2019, kemajuan keseluruhan pelaksanaan kontrak adalah sebanyak 53.29 peratus berbanding perancangan 74.73 peratus atau kelewatan 23 bulan.

Kementerian telah membuat pembayaran sebanyak RM5.94 bilion atau 65.03 peratus daripada kos keseluruhan RM9.13 bilion setakat ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

2

Semasa 4 bulan yang lalu

MINDEF Pertimbang Batal, Buka Semula Tender Jika Gagal Hantar Black Hawk

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Belanjawan Pertahanan Beri Impak Penganjuran DSA, NATSEC Asia Untuk Kekal Relevan

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Perkasa Keselamatan, Kedaulatan Negara, Tangani Segera Ketirisan Perolehan Aset - PM

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Op Global: 3 Suspek Liwat Dituduh Hari Ini - KPN

Semasa 18 jam yang lalu

Abang Dakwa Hospital Daerah Cuai, Adik Hilang Anak Kedua 2 Hari Selepas Lahir

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Melaka Dalam Proses Wartakan 5 Lagi Ajaran Sebagai Sesat

Semasa 1 hari yang lalu

Warga Emas Maut Dihempap Pokok