web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Institut Kesihatan Mental Bakal Ditubuhkan - PM

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 11 Sep 2023 3:10PM

Kertas Putih Kesihatan yang diluluskan di Parlimen pada Jun lalu antara lain memberi penekanan kepada usaha menangani masalah kesihatan mental dalam kalangan rakyat. gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan menubuhkan Institut Kesihatan Mental bagi menangani isu berkenaan yang menjadi keutamaan kerajaan dan kini semakin membimbangkan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar ketika membentangkan Usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12 di Dewan Rakyat hari ini berkata, penubuhan institut itu bagi menjamin usaha bersepadu antara kerajaan, sektor swasta dan pertubuhan masyarakat sivil dalam menangani isu kesihatan mental di negara ini.

“Kerajaan bertekad untuk menambah baik mutu kesihatan rakyat. Kertas Putih Kesihatan yang sudah dibentangkan pada 15 Jun menyasarkan reformasi untuk dilaksanakan dalam tempoh 15 tahun melalui anjakan utama Pengukuhan Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan,” katanya. 

Selain itu, Anwar berkata kerajaan akan meningkatkan liputan perlindungan kesihatan melalui perluasan Skim Perubatan MADANI bagi membantu golongan kurang berkemampuan serta menaik taraf 1,200 klinik daif di seluruh negara untuk tempoh 2023 hingga 2025 bagi menjamin mutu perkhidmatan kesihatan.

Menurutnya, kerajaan juga bersetuju untuk menyegerakan projek naik taraf fasa pertama di Hospital Sultanah Aminah (HSA) dengan anggaran kos sebanyak RM500 juta bagi menangani masalah kesesakan yang sudah sekian lama berlanjutan.

Anwar berkata kerajaan juga akan meneliti cadangan sewaan bagi memastikan mutu rawatan kesihatan terbaik buat rakyat menggunakan peralatan yang termaju dan berteknologi tinggi manakala pelaksanaan Rekod Perubatan Elektronik akan diperluas ke seluruh negara untuk memastikan perkongsian rekod perubatan yang lebih lancar, sistematik dan mesra rakyat.

Kerajaan juga menurut beliau, sedang membangunkan Rangka Tindakan Penuaan Kebangsaan dalam menghadapi cabaran dan dampak negara menua yang akan memberi kesan kepada sosioekonomi dan kedudukan fiskal negara.

Malaysia telah beralih ke status negara menua pada 2021 apabila peratusan penduduk berusia 65 tahun dan ke atas mencapai tujuh peratus daripada jumlah populasi serta dijangka beralih ke status negara tua dalam tempoh dua dekad lagi, apabila kohort umur yang sama mencapai 14 peratus daripada jumlah populasi.

“Kerajaan juga mengambil langkah proaktif untuk menubuhkan Pusat Geriatrik baharu bagi menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang berkualiti kepada warga emas,” katanya.

Perdana Menteri berkata Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Warga Emas Swasta 2018 juga sedang diperhalusi dan dijangka akan dikuatkuasakan pada 2025. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Bangkit Dari Kealpaan, Kecuaian, Kelemahan Jika Mahu Perubahan Sebenar - PM

2

Semasa 5 bulan yang lalu

PM Titip Pesanan Kepada Anggota JKDM, JIM Supaya Sentiasa Jaga Disiplin, Integriti

3

Semasa 5 bulan yang lalu

PM Ziarah Menteri Agama Terima Rawatan Di Hospital Putrajaya

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Hampir 10,000 Sertai Majlis Iftar Madani Bersama PM

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Op Global: 3 Suspek Liwat Dituduh Hari Ini - KPN

Semasa 1 hari yang lalu

Pasukan Perubatan Peribadi Agong Rawat 2 Mangsa Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

SPRM Jumpa Wang Tunai Hampir RM800,000 Dalam Bilik Tidur Pegawai Imigresen

Semasa 15 jam yang lalu

Amang Seksual: 3 Pembantu Pelajar Madrasah Mengaku Tidak Bersalah