web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 2 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 2 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 6 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


5G: Syarikat Telekomunikasi Bakal Umum Berita Gembira Hujung Bulan Ini - Fahmi

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jun 2023 5:17PM

Fahmi menyampaikan ucapan pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) di kementerian itu, hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Syarikat telekomunikasi bakal mengumumkan beberapa berita baik berkaitan pelaksanaan rangkaian 5G negara pada hujung bulan ini, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil. 

Berucap pada perhimpunan bulanan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) di sini hari ini, beliau berkata syarikat telekomunikasi telah menandatangani perjanjian akses untuk membolehkan mereka menepati perkhidmatan 5G. 

“Jadi saya harap menjelang 30 Jun ini kita akan ada beberapa pengumuman baik dan penting dari kalangan syarikat telekomunikasi. Mereka akan bersama dalam Digital Nasional Bhd (DNB) dan pemegang ekuiti,” katanya.

Setakat Mei lepas, Fahmi berkata pencapaian pelaksanaan 5G di bawah DNB telah mencapai 62.1 peratus dan ia satu perkara yang membanggakan. 

Beliau berkata mesyuarat pasukan petugas 5G yang dipengerusikan bersama oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican dan Ketua Setiausaha KKD Datuk Mohamad Fauzi Md Isa turut diadakan hari ini bagi memastikan pelaksanaaan rangkaian 5G mengikut aturan ditetapkan. 

Fahmi sebelum ini dilaporkan berkata kerajaan memutuskan untuk menukar model pelaksanaan 5G ketika ini kepada dwirangkaian sebaik sahaja pelaksanaan semasa di bawah DNB mencapai 80 peratus liputan di kawasan berpenduduk.

Menurutnya, peralihan kepada model dwirangkaian itu akan dilaksanakan berpandukan syarat yang selari dengan amalan di peringkat global yang menawarkan kepelbagaian rangkaian.

Mengenai keputusan kerajaan supaya Rang Undang-undang Keselamatan Siber digubal segera, Fahmi berkata perkara itu akan diusahakan oleh Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) manakala tugas dan fungsi CyberSecurity Malaysia (CSM) akan diperjelas supaya tidak berlaku pertindihan. 

“Ini penting kerana di mana-mana negara perlu ada badan kawal selia industri keselamatan siber. Di Malaysia kita menuju ke arah itu dan ini akan diusahakan bersama NACSA. 

“Insya-Allah kita harapkan NACSA sebagai badan kawal selia atau entiti yang ambil alih nanti bila akta keselamatan siber ada manakala CSM memainkan peranan sebagai agensi penting bagi memastikan keselamatan siber di Malaysia terkawal dan terjamin,” katanya. 

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 15 Jun lepas berkata Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Siber Negara memutuskan agar satu Rang Undang-undang Keselamatan Siber digubal segera bagi memastikan segenap aspek perundangan yang berkaitan dapat dituntaskan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Proses Peralihan Kepada Model Dwirangkaian 5G Bermula Hari Ini - Fahmi

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Mesyuarat Dwirangkaian 5G Dijangka Diadakan Minggu Depan

3

Semasa 8 bulan yang lalu

5G Dapat Tingkat Keupayaan Rawatan, Mengajar Pesakit Di Hospital

4

Kolum 8 bulan yang lalu

5G: Keperluan Atau Sekadar Gimik Pemasaran?

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Tekanan Berterusan Perlu Diberi Kepada Israel, Laksana Gencatan Senjata Dengan Segera - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Pukul Pemandu E-Hailing OKU, Pengawal Pengiring VIP Didenda RM1,000

Luar Negara 11 jam yang lalu

Banjir Sepanyol: Tiada Rakyat Malaysia Terjejas - Wisma Putra