web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Penganjur Perhimpunan 'Kejut Sahur' Bakal Dikompaun RM25,000 Jika Sabit Kesalahan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 May 2021 8:16AM

Tangkap layar dari video di media sosial menunjukkan peserta acara itu tidak mengamalkan SOP.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Penganjur perhimpunan ‘kejut sahur’ di Batu 2, Tawau, dekat sini, bakal dikenakan kompaun RM25,000 sekiranya didapati melakukan kesalahan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali berkata, pihaknya mahu kompaun maksimum itu dikenakan sebagai pengajaran kepada penganjur dan pihak lain agar tidak memandang rendah usaha kerajaan dalam melaksanakan penguatkuasaan undang-undang ketika berdepan pandemik COVID-19.

“Setakat ini, hanya dua kes ingkar perintah PKP di negeri ini, iaitu di Batu 2 Jalan Apas dan kawasan Pusat Komersial Bahzong pada Ramadan lalu.

“Polis sudah mengenal pasti penganjur ‘kejut sahur’ di Batu 2 dan akan ditahan sebelum dikenakan kompaun maksimum sebanyak RM25,000, jika sabit kesalahan,” katanya.

Terdahulu, polis menyiasat satu video tular yang menyaksikan lebih 100 individu terdiri daripada remaja dan kanak-kanak berhimpun sambil mengejutkan orang kampung untuk bersahur di Kampung Baru, Batu 2.

Berdasarkan video berkenaan, peserta dilihat gagal melakukan penjarakan sosial selain sebahagian mereka juga sengaja tidak memakai pelitup separuh muka. 

Tindakan itu dikhuatiri boleh menyebabkan penyebaran COVID-19 sekali gus menggagalkan usaha kerajaan memutuskan rantaian jangkitan virus berkenaan.

Dalam pada itu, polis meminta seorang lelaki dikenali sebagai Jobby Basri, 30, tampil bagi membantu siasatan berhubung perhimpunan awal pagi 12 Mei lalu itu.

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Peter Umbuas berkata, sehingga jam 3 petang semalam, individu berkenaan masih gagal hadir ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

“Saya nasihatkan sila bagi kerjasama,” katanya. - Getaran, 19 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 1 minggu yang lalu

3 Pelajar Sekolah Menengah Temui Kulat Karang Jarang Jumpa Di Sabah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia