web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Akaun Rider Grab Digantung Aktif Semula, Matkibot Ucap Terima Kasih

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jun 2023 9:27PM

Beliau yang menggunakan akaun @matkibot berkata, siasatan dijalankan pengurusan syarikat penghantaran itu mendapati dirinya tidak bersalah. - Gambar tangkap layat TikTok @matkibot

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Akaun seorang penghantar makanan yang didakwa digantung selepas menegur dua warga Singapura mengisi minyak menggunakan tong, sudah diaktifkan semula.

Menerusi video yang dimuatnaik di TikTok, beliau yang menggunakan akaun @matkibot berkata, siasatan dijalankan pengurusan syarikat penghantaran itu mendapati dirinya tidak bersalah.

Matkibot menerusi video itu turut mengucapkan terima kasih atas sokongan rakyat Malaysia.

“Grab admin telah pun menjalankan siasatan dan mendapati bahawa saya tidak bersalah.

“Akaun saya telah diaktifkan semula. Sekali lagi saya berterima kasih atas sokongan rakyat Malavsia,” katanya.

Terdahulu, beliau menerusi hantaran berbeza memaklumkan, akaun miliknya digantung sejak jam 6 petang semalam.

Katanya, syarikat berkenaan telah diberikan laporan palsu, menyebabkan dia merasa dianiayai dan difitnah.

“Selepas video itu viral di media sosial, Grab telah gantung (sebagai penghantar makanan) pada jam 6 petang, semalam. Saya segera menghubungi perkhidmatan pelanggan Grab. Saya diberitahu akan dihubungi pihak atasan Grab dalam masa 24 jam.

“Selepas 20 minit saya telah dihubungi pihak Grab, saya diberitahu ada orang membuat laporan memaklumkan saya mengeluarkan pemutar skru untuk melawan, (namun) rakaman kamera litar tertutup (CCTV) ada, bolehlah (pihak berwajib) semak semula,” katanya.

Tegas Matkibot, beliau yakin dirinya tidak bersalah dan akan mempertahankan pendirian itu.

“Perbuatan mereka menyebabkan periuk nasi saya terhalang kerana tidak dapat mengambil tempahan semalam dan tidak tahu bila ia akan berakhir.

“Saya dapat RM100, kena hantar RM50 untuk isi perut anak bini, begitulah kita di Malaysia, okey tak kalah pun, tak takut pun, akhirnya kita mati juga begitulah nasib rakyat Malaysia,” katanya.

Sejak kelmarin, tular video pendek berdurasi satu minit 40 saat menunjukkan dua lelaki dipercayai warga Singapura, bergaduh dengan seorang penghantar makanan di sebuah stesen minyak.

Menerusi rakaman itu, seorang daripada lelaki terbabit dilihat membuka but kenderaan dan mengeluarkan peralatan seperti pengunci stereng sebelum membuat provokasi mahu menyerang rider berkenaan.

Lebih melampau, mereka dilihat memberi amaran termasuk dengan mengeluarkan kata-kata ‘you better delete ah’ (lebih baik kau padam), dipercayai  merujuk kepada video sedang dirakam individu terbabit.

Mereka juga cuba menghampiri dan ‘menyerang’ lelaki terbabit yang juga penghantar makanan itu, tetapi dihalang dua anggota polis bantuan di tempat kejadian.

Lelaki tempatan terbabit kemudian meminta polis mengambil tindakan terhadap mereka atas sikap biadap ditunjukkan, selain mendakwa individu berkenaan cuba  mengugutnya. - Getaran, 22 Jun 2023


 

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 4 bulan yang lalu

‘Penggantungan Awesome TV Tidak Beretika, Salahi Undang-Undang’ - Adam 

2

Semasa 8 bulan yang lalu

Wan Fayhsal, Jangan Tipu! Betulkan Semula Fakta Anda! - MKM

3

Video & Galeri 9 bulan yang lalu

Laju Sangat Abang Rider Pun...

4

Semasa 10 bulan yang lalu

Remaja 13 Tahun Cuba Samun Pemandu Grab Diberkas

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan