web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


DAP, Jangan Senaraikan Tony Pua Sebagai Calon PRN - Asyraf Wajdi

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jun 2023 4:13PM

Tony Pua - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kepimpinan tertinggi DAP diingatkan supaya tidak menyenaraikan bekas Setiausaha Publisiti parti itu, Tony Pua sebagai calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN), jika tidak mahu keharmonian Kerajaan Perpaduan terjejas.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, beliau telah menghantar mesej protes kepada DAP, susulan provokasi dilakukan Pua malam tadi.

Menurut beliau, ucapan dibuat Pua pada majlis makan malam anjuran DAP Petaling Jaya itu hanya menyerlahkan kedangkalannya yang jelas masih bermimpi di siang hari.

Asyraf Wajdi Dusuki - Gambar fail
Asyraf Wajdi Dusuki - Gambar fail

“Walaupun Tony Pua bukan lagi pimpinan DAP, tapi ucapan beliau bagaikan ‘meludah ke langit, jatuh ke muka sendiri’. 

“Hakikatnya, rakyat tidak pernah lupa tindak tanduknya ketika di Kementerian Kewangan sepanjang 22 bulan kerajaan Pakatan Harapan (PH) mentadbir negara,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Reaksi diberikan Asyraf Wajdi itu menyusul beberapa respon terdahulu pemimpin UMNO hari ini, yang jelas berang dengan tindakan Pua.

Pua pada majlis makan malam tersebut antara lain melabelkan Barisan Nasional (BN) sebagai gabungan korup, sebaris dengan BERSATU yang kini berada di bawah panji Perikatan Nasional (PN).

Katanya, PH selepas ini diharapkan dapat membentuk kerajaan sendiri, tanpa perlu bergantung kepada BN dan UMNO sekiranya memenangi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) nanti.

Atas faktor ini jelas beliau, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu membuktikan bahawa pentadbiran di bawah jentera PH lebih cemerlang dan tidak korup berbanding BN.

Membidas ucapan Pua, Asyraf Wajdi berkata, Pua sewaktu berada di Kementerian Kewangan adalah antara penyumbang utama yang menyebabkan kehebatan ekonomi dan kewangan negara pada zaman BN jatuh merudum, hingga menyebabkan rakyat sengsara. 

“Bahkan sehingga ke saat ini, walaupun lebih lima tahun berlalu pun ekonomi negara masih belum dapat dipulihkan sepenuhnya. Malaysia tidak segemilang dahulu!

“Pua juga terlupa bahawa kerajaan hari ini bukan kerajaan PH tetapi kerajaan gabungan besar BN, PH, Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan WARISAN yang di dalamnya terdiri daripada 19 parti politik,” katanya. - Getaran, 24 Jun 2023



 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 21 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 23 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi