web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jangan Layan Tony Pua, Beliau Mungkin ‘Sakit Otak’ - Mahdzir

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jun 2023 5:05PM

Mahdzir (tengah) ketika mempengerusikan Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Kedah di Alor Setar hari ini. - Gambar dari Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mantan Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua disifatkan mempunyai ‘masalah otak’ apabila dilihat sengaja mengocak kedamaian yang wujud dalam Kerajaan Perpaduan ketika ini.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, provokasi dilemparkan Pua sebenarnya tidak perlu dilayan kerana pendirian mereka tidak akan pernah berubah.

Menurut beliau, sikap ditunjukkan Pua mencerminkan bahawa dirinya adalah seorang pelampau politik.

“Golongan sedemikian yang bersifat ekstrem dan melampau, sememangnya wujud dalam setiap organisasi.

"Dalam mana-mana parti politik pun, ada kumpulan dipanggil pelampau atau ekstrem. Jenis pelampau ini, mereka akan anggap semua orang lain tak betul dan hanya dia sajalah yang terbaik,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Kedah di Alor Setar hari ini.

Tony Pua
Tony Pua

Pua dalam satu majlis makan malam anjuran DAP Petaling Jaya semalam melabelkan Barisan Nasional (BN) sebagai korup, sebaris dengan BERSATU yang bergerak di bawah panji Perikatan Nasional (PN).

Katanya, PH selepas ini diharapkan dapat membentuk kerajaan sendiri, tanpa perlu bergantung kepada BN dan UMNO sekiranya memenangi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) nanti.

Atas faktor ini jelas beliau, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu membuktikan bahawa pentadbiran di bawah jentera PH lebih cemerlang dan tidak korup berbanding BN.

Mengulas kenyataan itu, Mahdzir menjelaskan, golongan pelampau politik seperti Pua tidak akan memberi kebaikan sama ada kepada parti disertai atau rakan kongsi.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu menarik perhatian,beliau tidak pernah berdepan dengan individu seperti Pua, sepanjang pengalamannya berunding bersama PH Kedah.

Katanya, tidak wujud kumpulan ekstrem melibatkan PH dan BN di Kedah walaupun masing-masing ada kalanya tegas mempertahankan pandangan serta tindakan yang perlu diambil.

"Kadang-kadang apabila berbincang, ada lah tinggi suara sikit tetapi pada akhirnya setelah dijelaskan sebab sesuatu tindakan diambil, akhirnya semua bersetuju. Macam itulah baru budiman (gentleman).

"Saya fikir Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke pun tolak orang macam ini dan DAP pun tak boleh nak kawal disebabkan kumpulan ekstremis dalam parti seperti ini, susah nak berkawan dengan orang lain,” katanya, sinis.

Dalam perkembangan lain Mahdzir memaklumkan, BN bakal membentangkan manifesto yang praktikal sebagai tawaran kepada rakyat Kedah menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

"Bukan saja praktikal, malah manifesto itu mahu dipastikan dapat diurus dalam kadar segera. 

“Manifesto itu tidaklah tebal sampai jadi satu buku seolah-olah Rancangan Malaysia, tetapi merangkumi semua golongan termasuk orang muda dan wanita serta meliputi pelbagai sektor seperti keagamaan dan ekonomi," katanya. - Getaran, 24 Jun 2023

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 23 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi