web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Skim Pelaburan ‘Islamik’ Guna Foto Individu Terkenal, Orang Ramai Perlu Waspada

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jun 2023 6:01PM

olis mengesan kewujudan sejumlah besar iklan pelaburan saham di media sosial, yang didakwa kononnya bersifat Islamik dan patuh syariah dan menawarkan keuntungan hingga 50 kali ganda. - Gambar ihsan polis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis mengesan kewujudan sejumlah besar iklan pelaburan saham di media sosial, yang didakwa kononnya bersifat Islamik dan patuh syariah.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) mendapati kesemua iklan berkenaan menawarkan keuntungan sehingga 50 kali ganda dari nilai wang dilaburkan.

Menurut beliau, setiap iklan itu juga membuat dakwaan yang sama iaitu peserta akan menerima keuntungan seawal tiga jam selepas pelaburan dibuat.

Noorsiah Mohd Saaduddin
Noorsiah Mohd Saaduddin

“Lebih membimbangkan, paparan iklan tersebut turut menggunakan gambar individu dikenali, termasuk ahli politik, tokoh agama, selebriti dan pempengaruh media sosial, dipercayai untuk menarik perhatian pelabur,” katanya hari ini.

Jelas Noorsiah, siasatan dijalankan mendapati semua individu dikatakan tidak terlibat dalam skim pelaburan seumpama itu, dan tidak pernah memberikan kebenaran untuk foto mereka digunakan.

“PDRM telah menerima laporan polis daripada beberapa individu berhubung penyalahgunaan nama mereka oleh skim pelaburan terlibat,” katanya.

Polis tambah beliau, telah menjalankan siasatan ke atas 186 kes penipuan pelaburan patuh syariah, melibatkan kerugian berjumlah RM5.4 juta, sepanjang 2020 hingga Mei tahun ini.

“Sebagai langkah pencegahan, orang ramai diingatkan untuk sentiasa berwaspada dan tidak terpengaruh dengan skim pelaburan yang menawarkan keuntungan terlalu lumayan.

“Lakukan semakan terperinci sebelum menyertai mana-mana skim pelaburan dan dapatkan maklumat lanjut daripada sumber rasmi seperti portal Semak Mule, Alert List Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti sebelum membuat sebarang keputusan,” katanya. - Getaran, 24 Jun 2023





 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 21 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 23 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 23 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka