web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Pembangunan Mersing Perlu Kerjasama Kerajaan Johor, Persekutuan - MB

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jun 2023 7:00AM

Onn Hafiz - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MERSING - Pembangunan daerah Mersing memerlukan kerjasama dan gabungan usaha antara kerajaan negeri dan Persekutuan, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.  

Beliau berkata isu jalan, jeti, hospital, jambatan dan keperluan asas lain yang telah menghantui warga daerah ini sekian lama, perlu diselesaikan segera demi kesejahteraan rakyat agar limpahan ekonomi dapat dinikmati oleh penduduk tempatan. 

"Saya yakin dan percaya dengan kerjasama, sokongan dan bantuan daripada kerajaan Persekutuan, kita mampu menjadikan Johor terutamanya Mersing sebagai destinasi pilihan pelancong seluruh dunia," katanya dalam hantaran menerusi laman Facebooknya semalam.

Menurut Onn Hafiz, Mersing berpotensi menjadi Daerah Pelancongan yang tersohor di Malaysia dengan adanya keindahan alam semula jadi yang luar biasa.

Katanya ini kerana Mersing mempunyai persisiran pantai yang pasirnya putih dan lembut selain warna air lautnya hijau kebiruan serta dasarnya yang cukup jernih sekali gus memukau sesiapa sahaja melihatnya.

"Subhanallah, segala puji bagi Allah SWT yang telah menganugerahkan daerah Mersing dengan begitu banyak keindahan dan keajaiban alam yang sangat luar biasa," katanya.

Onn Hafiz berkata bagi penggemar aktiviti ‘island hopping’ dan selam snorkel, Mersing adalah peluang untuk mereka meneroka keindahan pulau dan dasar laut kerana terdapat pelbagai jenis batu karang berwarna-warni menghiasi dasar lautnya.

Terdahulu, beliau melawat Pulau Sibu Tengah, Pulau Tinggi, Pulau Besar, Pulau Batu-Batu, Pulau Rawa, Pulau Harimau, Pulau Hujung dan Pulau Batu Gajah selain meninjau trek basikal serta Kampung Stay @ Teluk Buih, dalam lawatan kerjanya selama dua hari ke daerah ini.

Mersing mempunyai lima kepulauan utama iaitu Pulau Sibu, Pulau Besar, Pulau Tinggi, Pulau Aur dan Pulau Pemanggil. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Kolam Selam Tempur Kem Iskandar, Mersing Siap Jun - Onn Hafiz

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Agong Tinjau Daerah Mersing Dari Udara, Ingatkan Tanggungjawab Jaga Kebersihan

3

Semasa 9 bulan yang lalu

Sultan Ibrahim Disambut Lebih 3,000 Rakyat Pada Jamuan Teh Di Mersing

4

Semasa 11 bulan yang lalu

Kalimah 'Wallahi Wabillahi Watallahi' Tidak Pernah Diguna Dalam Peruntukan Angkat Sumpah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

SPRM Jumpa Wang Tunai Hampir RM800,000 Dalam Bilik Tidur Pegawai Imigresen

Semasa 1 hari yang lalu

Op Global: 3 Suspek Liwat Dituduh Hari Ini - KPN

Semasa 1 jam yang lalu

Alif Teega Didakwa Salah Guna Wang Lebih RM60,000

Semasa 1 hari yang lalu

Yang di-Pertuan Agong Berangkat Ke China Sempena Lawatan Negara