web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Desak PM Mohon Maaf, Nama Amira Aisya ‘Panas’ Di Media Sosial

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jun 2023 8:24PM

Kritikan terhadap Amira Aisya Abd Aziz timbul susulan ciapannya di Twitter, yang mendesak Anwar memohon maaf atas jenaka dibuatnya pada program Temu Siswa di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai, semalam - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Gara-gara mengkritik tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden MUDA, nama Amira Aisya Abd Aziz ‘panas’ di media sosial kerana dikatakan menyimpan tanggapan buruk terhadap pemimpin utama negara itu.

Kritikan terhadap Ahli Parlimen Puteri Wangsa itu menyusul ciapannya di Twitter, yang mendesak Anwar memohon maaf atas jenaka dibuatnya pada program Temu Siswa di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai, semalam.

“Malangnya ramai lelaki yang lebih berusia menganggap ia sebagai jenaka.

“Kaum wanita melihat perkara ini berlaku hampir setiap hari dan kami setiap kali terpaksa membuat penjelasan apabila tidak tersenyum atau ketawa pada ‘jenaka’ itu,” ciapnya.

Amira menyatakan demikian sebagai merujuk kepada jenaka dibuat Perdana Menteri terhadap seorang pelajar Tingkatan Enam, pada program Temu Siswa itu.

Anwar ketika program berkenaan ditanya mengenai kejatuhan ringgit dan ekonomi negara oleh pelajar tersebut, yang dikenali sebagai Adriana. 

Kagum dengan keupayaan remaja berkenaan melontarkan soalan dengan kemas, Perdana Menteri secara berseloroh memberitahu, akan mengambil nombor telefon pelajar terbabit jika beliau masih muda.

“Saya bangga dengan Adriana ini. Tingkatan Enam pun bertanya soalan yang begitu kemas.

“Kalau saya muda saya dah minta nombor telefon,” katanya pada program berkenaan, yang turut disiarkan secara langsung.

Jenaka spontan Anwar mengundang gelak tawa tetamu, namun tidak bagi Amira yang menyifatkan ia sebagai agak keterlaluan dan tidak sewajarnya dilakukan seorang pemimpin negara.

“Melihat DSAI melakukan perkara ini pada skala lebih besar akan mengukuhkan kepercayaan itu. 

“Perdana Menteri wajar memohon maaf secara terbuka untuk memberi contoh yang baik kepada lelaki lain,” ciapnya.

Tanggapan Amira Aisya bagaimanapun disangkal Mr S.S di akaun @syahirs yang menyifatkan, jenaka dibuat Anwar sama sekali tidak mengandungi sebarang unsur negatif.

“Beliau mulakan dengan memuji kepintaran pelajar itu kerana mampu bertanya soalan yang membina, bukan dia cakap wahh muda, cantik then (kemudian) minta nombor telefon,” ciapnya.

Pendapatnya menerima sokongan Aiman yang berkata, MUDA perlu melihat kepada perkara lebih besar.

“Inilah sebab mengapa saya rasa MUDA tidak akan mampu bertahan lama. Mereka tak boleh berfikir panjang dan melihat kepada perkara lebih besar. Kamu cuma mahu menyerang kumpulan sendiri,” katanya yang menggunakan akaun @ikangorengpedas.

Sementara itu, I’M NK yang menggunakan akaun @Naven_Selva pula berkata, dia tidak pernah melihat ada ahli politik memberikan kenyataan yang disifatkan sebagai mengarut.

“Saya setuju pemimpin sepatutnya lebih beradab, tapi tiada apa yang salahnya dengan jenaka itu.

“Ia adalah satu pujian, bukan gangguan. Tolong lihat kepada konteks sebenar sebelum membuat rumusan sendiri,” katanya. 

Dalam perkembangan berkaitan, terdapat juga netizen yang sependapat dengan Amira dan menggesa Perdana Menteri segera memohon maaf.

Amshar Aziz yang menggunakan akaun @Amshar_Aziz berkata, gurauan dibuat Anwar boleh menyebabkan pelajar terbabit menjadi tidak selesa.

“Tak taw (tahu) pula kalau ada pakcik buat comment macam ni kat anak hang (awak), adik hang, hang jenis ok. Lemah laki macam ni. 

“Ni bukan isu Taliban. Ni isu lelaki tua buat komen yang membuat orang tak selesa wei. Dah la benda tu dirakam. Hang cuba bayangkan dia kena bahan dengan member (kawan) dia,” katanya. - Getaran, 25 Jun 2023

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 23 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 23 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini